28 February 2014

bicara hati

hebatnya ciptaan Allah.

luka di tangan, membuatkan mengalir laju sel merah darah dari tangan kita itu.
terasa pedih di tangan. 
lantas segera di basuh dan tutup.

luka di hati ?
tidaklah mengalir darah.
tapi mengalir laju air mata jernih.
lantas segera di bersihkan dengan istigfar pada pencipta.

luka hati dan luka tangan.
satu kontradik.
satu zahir, satu batin.
sungguh! hidup ini. bukan sahaja menyentu ttg zahir, bahkan jua batin.
kerana itu, usahlah kita memberi tumpuan hidup kita,
pada perkara zahir sahaja.
perkara batin jualah roh kita untuk terus berjuang.

sepertimana imam al ghazali yang menderita soal hati selama 2 tahun lebih, mencari hakikat sebenarnya.
sehingga berhenti mengajar selepas menjadi mahaguru di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.




19 February 2014

disebaliknya~

hati kita ni, bila nak buat sesuatu yang bermanfaat buat islam.
ada saja rasa malasnya.
hampir-hampir tadi aku ingin tetap solat di bilik.
boleh terus sambung baca 'tenggelamnya kapal van der wijck'

kiri membisik 'usah bersusah payah, yg penting solat'
dicantas naluri dan fitrah kanan
' bukankah jalan yang ingin kita tempuh ini, jalan yang sukar ?'

Allah.
mmg berat aku nak pergi. kena jalan sengsorang. lalu foyer dgn telekung.
segan + malas yang semalasnya.

tp benar kataNya,
segala sesuatu itu didalam ilmu Allah. Allah pasti beri yg terbaik buat kita.
bahkan kalau kita buat sesuatu yang baik, mengikut fitrah kita.
pasti Allah beri sesuatu yang tak dijangka walhal kita tidak mengharapkannya pun.

tup. tup.
ondway ke surau, terserempak dgn geng surau.
then after mangrib, Rahmat Ikhsan pulak bagi talk free.
no need to pay~
#surau kolej aku bertambah meriah sejak Pencetus Ummah tinggal di KIY.