21 May 2014

Mudah saja nak berjaya,

Bagaimana?

TIRU CARA ORANG BERJAYA !

Cara dia berfikir, cara dia bergerak, cara dia berjalan.

"sesungguhnya pada rasulullah itu qudwah hasanah"

....

Kita leka berhujah selama ini.
"Islam itu kuat. Yang lemahnya orang islam."

Ya~ ini yang selalu kita butirkan.
Sekalipun iraq itu kalah di kaki amerika. Tapi islam itu tetap menang!

Hujah ini dicabar oleh intelektual barat.
" kalau betul islam itu kuat. Apakah Islam itu etopia? Satu teori kosong? Tak dapat dipraktikkan?"

Allahu Akbar.
Hujah ini dijawab oleh para sahabat dan pejuang yang hebat.
Mereka mengikut rasulullah.
Ikut pemikirannya,
Ikut gayanya,
Ikut cara hidupnya.

Lihatlah!
Zaman gemilangnya islam. Zaman mereka ikut cara rasulullah.
Rasulullah lah orang yang paling beriman dan profesional.

Rasulullah, peniaga yang berjaya.
Bukan sekadar tahu berniaga.
Bahkan tahu pengangkutan dari ke syam.
Tahu dokumentasi.

Inilah mukmin profesional.


20 May 2014

ngantuk !

Aku dikejut.
Mengantuk.

Dendan lemah longlai.
Aku berjalan.

Sampai ke tandas.
Aku menghadap cermin.

" Sayangnya nak basuh muka "

Zeze~
 nyamuk itu hinggap ke pipiku.

'amboi. Sedap-sedap kau hisap darahku'

#PAP !!

Aku menampar.
Tidak mengena.

Segar !
Pipi mulai merah.

Okey. Deep..
Hikmah. Allah suruh segera solat.


18 May 2014

Aku di terjah satu persoalan.

" akak nak khawin dan teringin sangat suami akak tu seorang pendakwah. Dapat jugak akak jadi tulang belakang memperjuangkan islam "

# apa mimpi akak ni luahkan kat aku? Mentang3 aku budak pengajian islam. Ramai kenalan alim3 ni.

" Allah ~ akak. Nak kita carikan ke? Benda simple. Ade jugak beberapa orang. Konsisten dengan dakwah ni. Setiap waktu. Melainkan tak sihat "

" kenalkan lah .... "

" tok bilal kat masjid3.. Kalau tua sangat, cik bilal kat surau kiy pun ade "

#sungguh. Aku terharu dengan keazaman akak ini terhadap Islam dan kekuatan bilal berdakwah, mengajak kami sentiasa solat di awal waktu.

sistem tempahan

Wanita itu barang tempahan??

#gulp?

Kenapa pulak?

Yup. Apa beza wanita yang di cop dengan barang tempahan?
Barang itu di order kala lelaki itu belum bersedia untuk membelinya. Lebih parah kalau boleh try3 dulu.
Kalau rasa barang itu tak cukup baik, maka cancelkan order.

Erkk!
Siapa sanggup?



Jadi, kalau nak order, pastikan diri sudah selidik betul2 kualiti barang tu. Search sebanyak dan semampu mungkin.
Then, dah sedia nak, baru order.

Tak main tempah3 ni.

Harap maklum.


seketika,
kain di hitam dicampak ke longkang.
kain putih semakin dibasuh.

sampai bila ingin biarkan kain hitam ini terus kotor?

permata ^^

Mereka itulah yang tiada dosa,
Golongan yang pasti mendiami syurga.

Lantas tiada guna akalnya,
Dalam membezakan yang mana baik.
Atau yang mana buruknya.

Jika kau hadapkan emas dan bara api sekalipun. Belum tentu di pilihnya emas.
Kerana penggunaan akal yang belum sempurna.

Kata seorang sahabat yang menjadi kecintaanku.
Anak kecil itu, menyenangkan bahkan menenangkan.
Melihat mereka, setenang membayangkan syurga^^














Tiadalah apa yang menjadi pengharapanku.
Kalianlah 
Legasi penyambung juangan Islam.

Mohon diredhai Allah.
Moga roh jihad, roh tarbiyah dan roh dakwah..
Terserap dalam jiwa generasiku kelak.


17 May 2014

pulau, gunung dan kulat.. iman apa cerita?

Bila pulau hati mula cenderung ke arah penuhi nafsu, kepuasan itu tidak pernah cukup.
Akan bertambah dan bertambah.
Pertambahan nafsu yang mulalah meninggi setinggi bukit,
Bukit yang bisa menutup sang mentari hidayah menyinari.
Hati mulalah terlindung dan gelap.
Sedikit demi sedikit, hati sunyi dari pancaran hidayah.

Maka gelaplah sang hati.
Kegelapan.
Nafsu mula meninggi.
Sedang jihad iman yang ada di hati, tidak cuba mentarah bukit nafsu.
Maka nafsu, menjadi gunung.

Hati.
Kala gelap hati.
Segalanya turut gelap.
Kita mula tidak nampak tujuan dan matlamat kita.
Apa perlu kita lakukan hari ini.
Apa yang kita inginkan hari ini.



Gelap.
Mulalah hidup seperti di round the board.
Pusing3..
Tiada motif.

Tiada kerja,
Tiada dakwah,
Tiada cita-cita.

Lebih menakutkan,
Jika kulat syaitan menguasai.
Jadilah hati itu,
Hati syaitan.
Nafsu giat membina benteng.
Syaitan nikmat menguasai.
Sedang iman.
Duduk terjelepuk di bawah kulat nafsu.
Terdiam.
What should i do?
Tertanya.



 Jika dia sedar, dia bangkit berevolusi.
Perang gerila menggosok dan membuang syaitan di hati.
Dan menarah sang nafsu.
Jadilah dia mukmin yang profesional.

Sayangnya,
Jika iman. Tunduk mendiam diri di bawah kulat nafsu.
Deritalah pulau hati.
Kerana bakal di jajah kulat.
Bertukarlah ia menjadi.
Pulau syaitan.


07 May 2014

kemana kata2 aku?

Aku berbicara 
dengan apa yang aku percaya,
Dan percaya itu,
Terletak pada hati aku.
Dan kata yang tulus dari hatiku,
Tidak akan jatuh
Kecuali pada hati jua.
Namun, jika hatiku sendiri mati. 
Bagaimana ia mahu bergerak kepada hati kalian?