19 April 2014

suspek dunia akhirat !

Sebagaimana alam ini di atur pergerakannya siang dan malam. Dari pergerakan planet pada orbit yg tidak kelihatan, sehinggalah kepada pergerakan zarah yg tak mampu dilihat anak mata.
Allah yg Esa mengaturnya penuh dengan strategi dalam ilmuNya selayaknya dengan segala kehendaknya. Maha suci Allah.
Sungguh. Sebagai hambaNya yang kerdil. Lemah disisiNya. Kala aku di panggil sebagai saksi bagi mengecam suspek yang dikehendaki pihak polis.
Terasa gusar, Andai silapnya perhitungan
Terasa gundah, Andai jasad menjadi ancaman
Terasa resah, Andai aku mengkhianati insan.

.... Aku dibawa ke bilik pengecaman ....

Allahu rabbi. Melalui kawasan lokap di balai, melihat ahlinya.. Membuat aku terfikir.

Begitulah. Aku manusia dunia. Masih punya rasa kasihan, masih punya rasa takut, masih punya rasa ragu.
Sedang anggota tubuhku ini.
Sedang harta milikku.
Sedang makhluk ciptaanNya,
Sedang tulisan, gmbar, ilmu jua segala aspek yg mumkin pada era akhirat kelak ??
Tanpa ragu. Tanpa resah menzahirkan perbuatan.
Membentang dan mempertontonkan di alam perhitungan segala apa yang lakukan selama mana aku diberi tempoh. Mengkhabarkan tujuanku, asbab perbuatanku, yang selama ini mereka menjadi saksi sunyi drama hidupku.
Malah tanpa perlu takut kerana. Aku dibelengu. Akulah suspek akhirat. Yang akan dibicarakan saksi-saksiku.

Kalian, kelak seusai dibentang pada kita kesalahan, dosa, kelalaian, kelupaan, kesengajaan kita di hadapan Hakim yang Maha Adil,
Masihkah ada peluang untuk kita memohon dan meminta
" wahai tuhanku. Keluarkanlah aku dari sini. Aku berjanji tidak akan mengulangi perbuatanku. Hidupkan jiwaku kembali ke dunia agar dapat aku bertaubat dan sujud taat menyembahMu "
Mungkinkah?
Adakah alat sang dongeng Doraemon . Mesin putar masa.
-.-'

15 April 2014

Naluri sang ibu, sangat kuat terpaut pada anaknya. Anak yang dikandung 9 bulan, dibawa bersama kemana sahaja. Berkongsi kisah, cerita serta pengalaman dalam satu jasad sedang punya dua nyawa. Begitu besar dan agung ciptaan Allah sang pencipta. Apa rasa sang ibu, begitulah rasa permata dalam kandungan.
Lantas kerana itu, tidaklah mustahil jika permata itu melakukan sesuatu perkara, tanpa perlu mengkhabarkan pada ibu, pasti sang ibu sudah merasai. Kuasa naluri, firasat atau apa jua istilahnya, ibu pasti tahu.
Kala hati anak itu celaru, sang ibu sudah sedia menukilkan sebuah kata.

" wahai anakku, engkau adalah sebuah pohon buatku. Pohon yang dengan susah payahnya kami siram, baja juga pagarinya dengan benteng yang utuh. Kami pagarinya dengan yakin kelak engkau akan menghasilkan buah yang ranum manfaat buat ummah. Sekalipun belum pasti kami merasai enaknya buah itu. Sudah cukup ia berguna buat masyarakat."

28 February 2014

bicara hati

hebatnya ciptaan Allah.

luka di tangan, membuatkan mengalir laju sel merah darah dari tangan kita itu.
terasa pedih di tangan. 
lantas segera di basuh dan tutup.

luka di hati ?
tidaklah mengalir darah.
tapi mengalir laju air mata jernih.
lantas segera di bersihkan dengan istigfar pada pencipta.

luka hati dan luka tangan.
satu kontradik.
satu zahir, satu batin.
sungguh! hidup ini. bukan sahaja menyentu ttg zahir, bahkan jua batin.
kerana itu, usahlah kita memberi tumpuan hidup kita,
pada perkara zahir sahaja.
perkara batin jualah roh kita untuk terus berjuang.

sepertimana imam al ghazali yang menderita soal hati selama 2 tahun lebih, mencari hakikat sebenarnya.
sehingga berhenti mengajar selepas menjadi mahaguru di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.




19 February 2014

disebaliknya~

hati kita ni, bila nak buat sesuatu yang bermanfaat buat islam.
ada saja rasa malasnya.
hampir-hampir tadi aku ingin tetap solat di bilik.
boleh terus sambung baca 'tenggelamnya kapal van der wijck'

kiri membisik 'usah bersusah payah, yg penting solat'
dicantas naluri dan fitrah kanan
' bukankah jalan yang ingin kita tempuh ini, jalan yang sukar ?'

Allah.
mmg berat aku nak pergi. kena jalan sengsorang. lalu foyer dgn telekung.
segan + malas yang semalasnya.

tp benar kataNya,
segala sesuatu itu didalam ilmu Allah. Allah pasti beri yg terbaik buat kita.
bahkan kalau kita buat sesuatu yang baik, mengikut fitrah kita.
pasti Allah beri sesuatu yang tak dijangka walhal kita tidak mengharapkannya pun.

tup. tup.
ondway ke surau, terserempak dgn geng surau.
then after mangrib, Rahmat Ikhsan pulak bagi talk free.
no need to pay~
#surau kolej aku bertambah meriah sejak Pencetus Ummah tinggal di KIY.