29 September 2013

kita lah daie !


Jika hanya yang bertudung labuh bergelar daie ? 
Bagaimana dengan kita yang biasa-biasa je ?
Yang tudungnya macam chipsmore, kejap ada kejap takde.
Yang bajunya macam belon, kejap kembang kejap kecut.

Tak mengapa wahai sang MUSLIMAT ^^
Keinginan anda untuk menjadi seorang daie, pasti Allah bantu.


mulakan dengan perkara-perkara kecil dan mudah.
asalkan kita boleh istiqamah.


pasti ditunjukkan jalan buatmu.
Yakin lah bahawa Allah tahu apa yang terkandung dalam hatimu.
Lalu zahirkanlah ia dalam DOAmu kepada penciptamu.

Agar Dia tahu yang kamu bersungguh-sungguh ke arah itu.

أنه من عمل منكم سوءا بجهلة ثم تاب من بعده واصلح فأن الله غفور رحيم

surah Al-An'am : 54

Wahai saudaraku,
Dalam surat cinta ini, Allah khabarkan bahawa.

BAHAWASANYA, barang sesiapa yang berbuat kejahatan,kebatilan
kerana kejahilan mereka, sebab mereka tidak tahu,
Kemudian,
dia bertaubat, dia mohon pengampunan Allah.
serta membaiki amalannya,
Maka, ketahuilah.
Sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha penyayang.

Lalu, perubahan setiap dari kita.walaupun secebis. pasti dilihat Allah.
Malah, jika ada insan disekelilingmu yang perhatikan kamu, yang bersahabat denganmu,
 Llihat akan perubahanmu ini, pasti hatinya turut terkesan.

Ya Allah. cantiknya dia bertudung. Ya Allah. indahnya akhlaknya.

ini lah daie ^^
Kita menunjukkan akhlak yang baik. dan mengajak dalam apa jua cara, ada juga, tanpa perlu banyak berbicara.





Usrah petang itu hampir mencecah magrib.
Tidak cukup kaki kami berlari anak.
Mengejar bus yang ada, agar tidak terlepas.

Turun di bus stop. Langkahku terhenti di masjid UKM.
Menunaikan kewajipanku, sebagai seorang hamba,
Juga khalifah di bumi milikNya.

Lantas! Mengapa kamu tidak bersyukur menjadi UMAT MUHAMMAD ?
 Kata profesor di masjid mengembalikan jiwaku selepas melayang seketika tadi.

Para nabi ingin menjadi umat Muhammad. Sebab apa?
Sebab, tugas mereka ini, cuma menyampaikan risalah Allah pada kaum mereka. Sedangkan Baginda ? Menjadi rasul kepada seluruh umat manusia. Bukan sahaja bangsa arab jahiliyyah ! malah seluruh bangsa. Termasuklah kita di Malaysia.
Aku bermonolog. Benar. Setiap kita ini, adalah daie. Tidak terkecuali walaupun satu.
Cuma, adakah kita ini, Daie ila allah. atau Daie ila jahiliyyah ?

Eah ! Saya cuma seorang pelajar UKM bila masa saya bina sebuah maahad tahfiz ? Jadi seorang penderma berjuta ringgit ?
Begitu lah tuan puan kita di akhirat kelak. Bila mana Allah menunjukkan kepada kita buku amalan kita. Terkejut kita. Cuma menjadi pelajar. Tapi pahala, Amal baiknya, BANYAK !
Sebab dia dulu, cuma belanja sahabat dia yang terkeluar landasan minum teh tarik, belanja topup. Tanpa memperlekehkan sahabat itu. Sahabat itu, tersentuh hatinya. Lalu kembali ke jalanNya.  

Lantas. Itulah kita. Jika kita daie ila allah. Dengan niat mengajak manusia kembali kepada Allah kembali mengenal Allah. Siapa tahu, Dia bertaubat. Dia menderma, Dia bina maahad.


"dan kebaikan itu, pasti ada saham buatmu"

Dan setiap yang kita buat itu, akan berlipat kali ganda.
Umpama sebiji tembikai. yang didalamnya ada beratus biji benih. Beratus benih itu disemai, dan menghasilkan beribu biji buah tembikai yang lain.

Kerana itu, orang yang berbuat baik ini terkejut kan ^^ MASYA ALLAH. Banyaknya pahala.


Betul kata prof.


Adakah aku di UKM ini selama 3 tahun hanya sekadar PELAJAR UKM ?
Apa salahnya kita juga menjadi para DU'AT ? 

27 September 2013

wahai MUSLIMAH

Ketika Rasulullah Saw. bertanya 

“Apa yang terbaik bagi wanita?” 
 Sayyidah Fatimah menjawab 

“Yang paling baik bagi wanita adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh laki-laki.” 

 Kemudian Rasulullah Saw. mencium kening Sayyidah Fatimah 
dan berdoa: 
 “Semoga Allah Swt. memberkati anak keturunannya.”