29 September 2013

kita lah daie !


Jika hanya yang bertudung labuh bergelar daie ? 
Bagaimana dengan kita yang biasa-biasa je ?
Yang tudungnya macam chipsmore, kejap ada kejap takde.
Yang bajunya macam belon, kejap kembang kejap kecut.

Tak mengapa wahai sang MUSLIMAT ^^
Keinginan anda untuk menjadi seorang daie, pasti Allah bantu.


mulakan dengan perkara-perkara kecil dan mudah.
asalkan kita boleh istiqamah.


pasti ditunjukkan jalan buatmu.
Yakin lah bahawa Allah tahu apa yang terkandung dalam hatimu.
Lalu zahirkanlah ia dalam DOAmu kepada penciptamu.

Agar Dia tahu yang kamu bersungguh-sungguh ke arah itu.

أنه من عمل منكم سوءا بجهلة ثم تاب من بعده واصلح فأن الله غفور رحيم

surah Al-An'am : 54

Wahai saudaraku,
Dalam surat cinta ini, Allah khabarkan bahawa.

BAHAWASANYA, barang sesiapa yang berbuat kejahatan,kebatilan
kerana kejahilan mereka, sebab mereka tidak tahu,
Kemudian,
dia bertaubat, dia mohon pengampunan Allah.
serta membaiki amalannya,
Maka, ketahuilah.
Sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha penyayang.

Lalu, perubahan setiap dari kita.walaupun secebis. pasti dilihat Allah.
Malah, jika ada insan disekelilingmu yang perhatikan kamu, yang bersahabat denganmu,
 Llihat akan perubahanmu ini, pasti hatinya turut terkesan.

Ya Allah. cantiknya dia bertudung. Ya Allah. indahnya akhlaknya.

ini lah daie ^^
Kita menunjukkan akhlak yang baik. dan mengajak dalam apa jua cara, ada juga, tanpa perlu banyak berbicara.




No comments:

Post a Comment