17 December 2013

tsunami.

Pertemuan yang mungkin kebetulan, atau ketentuan dengan seorang lecture membuatkan hati yang telah mati dari berfungsi hidup kembali.

Apakah selama ini, apa yang anda fikirkan sama seperti kebanyakkan orang di sekeliling anda?
Sama, atau berbeza ?
Pemikirin di luar kotak. 
Apakah yang anda mengerti tentang pengistilahan ini.
Tanyakan pada diri. Sudah cukupkah apa yang ada sekarang ?
Mampukah kita berfikir, apa yang tidak terfikir oleh orang yang berfikir?
Pasti tidak.
Sebagaimana Ibn Tufayl mengarang Hayy Ibn Yazaqan.
Suatu yang mungkin di luar logik akal fikiran yang sempit.
Suatu juga yang dalam bukti rasional.

Be a thinker.
Perhatikan sekeliling anda. Lihat apa yang ada.
Sudah puas ?
Sudah terjawab segala persoalan ?
Sebenarnya kita mampu melakukan suatu perubahan.
Tapi 
Mengapa diri kita masih diam membatu, patung membisu ?
Perubahan bermula dari apa yang ada pada diri.
ya.!
Bukan diri sendiri. Tapi apa yang ada pada diri.
Apa yang ada pada kita ?
Roh, Akal, dan Hati.

Persoalan yang besar tentang Hati,
itu yang di tekankan prof itu tadi.
Aku mula bertanya,
Kuatkah aku melakukan perubahan itu?
Perubahan yang merintih keyakinan dan persoalan hati,

Sedang hati ketika itu, 
didatangkan. merasakan masa berlalu pantas.

*segera aku tengok jam. Ya Rabb. Sudah hampir magrib.

Awak rasa sekejapkan ?
Senyuman hanya mampu diukirkan.
Kata-katanya menyusuk kalbu, membuat aku terlalu asyik menghayati, mendalami.

Macam dalam solat. kadang kita rasa ia terlalu lama kan ?
Kamu tahu mengapa ?

Kerna tiada hati prof.

Lantas,
mengapa para sahabat mampu solat sehingga 200 rakaat ?

Kerna hati mereka bersama mereka.

Benar kata prof.
Apa yang kita lakukan bermula dengan hati kita sendiri.
Apa hati kita bersama dalam pekerjaan kita.
Bersama orang tua dalam suatu acara,
Bawakah sekali hati kita bersama-sama hatinya ?
menyelami jiwa sehingga dia yang dipinggir anak merasa seakan kitalah anaknya ?
Hanis, itulah dia pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan penyelidikan saintifik.

YA RABB, seorang LECTURE ENGINEER.
mengajar aku, ILMU TASAWUF dan FALSAFAH hari ini.

kata prof. 
'' Saya bercakap menggunakan hati saya. Saya tidak menggunakan akal.
Saya rasa kamu perlukan perkara itu. 
Gunakan kata hati kamu dalam setiap perkara yang kamu lalui.
Umpama kamu berkenalan dengan seseorang.
Apa yang kamu mahu dari seseorang itu ?
Kamu perlu tahu apa yang kamu mahu, baru kamu peroleh segala sesuatu yang kamu mahu tahu ''




No comments:

Post a Comment