26 September 2014

Ilmu itu, seakan memandu motor di tengah malam ^^
Kita hanya akan melalui, jalan yg disuluh lampu

24 September 2014

Mengapa 'mereka' menolak tuhan

penulisan hanya secara ringkas,
Hasil perkongsian diskusi ringkas.

Hanya perlu menyelusuri abad pertengahan..

Paderi dan Raja berkoblorasi dalam menjaga agama.
pengampunan boleh dibeli

apa anda fikir ?
pastinya golongan kaya sahaja diampunkan dosa!
bagaimana mereka yang miskin?
tidak mampu?

ya ! dalam agama sendiri mereka di tindas.

akan di perdalami lagi :)

Boethius.
#tajuk untuk esok.
sipnosis: LADY PHILOSOPHY ^^



23 September 2014

BANGKIT !

saya kembali semangat,
menulis dan terus menulis.
mungkin idealisma yg saya cuba bawa pada kali ini, pada anda tidak logik, tidak relevan, tidak masuk akal dan tidak mengikut arus gelombang isme kini.

tidak mengapa.

kerana idea itu, boleh jadi di tong sampahkan kini.
tetapi, di julang tinggi masa hadapan.

kerana itu, teruslah anda menulis.
sekurangnya, anda ada sesuatu.

dan pada masa kini,
mulalah saya berfikir.
mengapa namanya LAMAN SESAWANG ?

adakah kerana ia akan di tinggalkan BERSAWANG ?

:)

sekian.

02 June 2014

Study week

Sedang. Aku masih memerlukan tarbiyah tuhan dalam pergerakan alam.

Mencari sang hikmah yg tersembunyi. Bukan malu. Tp hatiku yg .....

21 May 2014

Mudah saja nak berjaya,

Bagaimana?

TIRU CARA ORANG BERJAYA !

Cara dia berfikir, cara dia bergerak, cara dia berjalan.

"sesungguhnya pada rasulullah itu qudwah hasanah"

....

Kita leka berhujah selama ini.
"Islam itu kuat. Yang lemahnya orang islam."

Ya~ ini yang selalu kita butirkan.
Sekalipun iraq itu kalah di kaki amerika. Tapi islam itu tetap menang!

Hujah ini dicabar oleh intelektual barat.
" kalau betul islam itu kuat. Apakah Islam itu etopia? Satu teori kosong? Tak dapat dipraktikkan?"

Allahu Akbar.
Hujah ini dijawab oleh para sahabat dan pejuang yang hebat.
Mereka mengikut rasulullah.
Ikut pemikirannya,
Ikut gayanya,
Ikut cara hidupnya.

Lihatlah!
Zaman gemilangnya islam. Zaman mereka ikut cara rasulullah.
Rasulullah lah orang yang paling beriman dan profesional.

Rasulullah, peniaga yang berjaya.
Bukan sekadar tahu berniaga.
Bahkan tahu pengangkutan dari ke syam.
Tahu dokumentasi.

Inilah mukmin profesional.


20 May 2014

ngantuk !

Aku dikejut.
Mengantuk.

Dendan lemah longlai.
Aku berjalan.

Sampai ke tandas.
Aku menghadap cermin.

" Sayangnya nak basuh muka "

Zeze~
 nyamuk itu hinggap ke pipiku.

'amboi. Sedap-sedap kau hisap darahku'

#PAP !!

Aku menampar.
Tidak mengena.

Segar !
Pipi mulai merah.

Okey. Deep..
Hikmah. Allah suruh segera solat.


18 May 2014

Aku di terjah satu persoalan.

" akak nak khawin dan teringin sangat suami akak tu seorang pendakwah. Dapat jugak akak jadi tulang belakang memperjuangkan islam "

# apa mimpi akak ni luahkan kat aku? Mentang3 aku budak pengajian islam. Ramai kenalan alim3 ni.

" Allah ~ akak. Nak kita carikan ke? Benda simple. Ade jugak beberapa orang. Konsisten dengan dakwah ni. Setiap waktu. Melainkan tak sihat "

" kenalkan lah .... "

" tok bilal kat masjid3.. Kalau tua sangat, cik bilal kat surau kiy pun ade "

#sungguh. Aku terharu dengan keazaman akak ini terhadap Islam dan kekuatan bilal berdakwah, mengajak kami sentiasa solat di awal waktu.

sistem tempahan

Wanita itu barang tempahan??

#gulp?

Kenapa pulak?

Yup. Apa beza wanita yang di cop dengan barang tempahan?
Barang itu di order kala lelaki itu belum bersedia untuk membelinya. Lebih parah kalau boleh try3 dulu.
Kalau rasa barang itu tak cukup baik, maka cancelkan order.

Erkk!
Siapa sanggup?



Jadi, kalau nak order, pastikan diri sudah selidik betul2 kualiti barang tu. Search sebanyak dan semampu mungkin.
Then, dah sedia nak, baru order.

Tak main tempah3 ni.

Harap maklum.


seketika,
kain di hitam dicampak ke longkang.
kain putih semakin dibasuh.

sampai bila ingin biarkan kain hitam ini terus kotor?

permata ^^

Mereka itulah yang tiada dosa,
Golongan yang pasti mendiami syurga.

Lantas tiada guna akalnya,
Dalam membezakan yang mana baik.
Atau yang mana buruknya.

Jika kau hadapkan emas dan bara api sekalipun. Belum tentu di pilihnya emas.
Kerana penggunaan akal yang belum sempurna.

Kata seorang sahabat yang menjadi kecintaanku.
Anak kecil itu, menyenangkan bahkan menenangkan.
Melihat mereka, setenang membayangkan syurga^^














Tiadalah apa yang menjadi pengharapanku.
Kalianlah 
Legasi penyambung juangan Islam.

Mohon diredhai Allah.
Moga roh jihad, roh tarbiyah dan roh dakwah..
Terserap dalam jiwa generasiku kelak.


17 May 2014

pulau, gunung dan kulat.. iman apa cerita?

Bila pulau hati mula cenderung ke arah penuhi nafsu, kepuasan itu tidak pernah cukup.
Akan bertambah dan bertambah.
Pertambahan nafsu yang mulalah meninggi setinggi bukit,
Bukit yang bisa menutup sang mentari hidayah menyinari.
Hati mulalah terlindung dan gelap.
Sedikit demi sedikit, hati sunyi dari pancaran hidayah.

Maka gelaplah sang hati.
Kegelapan.
Nafsu mula meninggi.
Sedang jihad iman yang ada di hati, tidak cuba mentarah bukit nafsu.
Maka nafsu, menjadi gunung.

Hati.
Kala gelap hati.
Segalanya turut gelap.
Kita mula tidak nampak tujuan dan matlamat kita.
Apa perlu kita lakukan hari ini.
Apa yang kita inginkan hari ini.



Gelap.
Mulalah hidup seperti di round the board.
Pusing3..
Tiada motif.

Tiada kerja,
Tiada dakwah,
Tiada cita-cita.

Lebih menakutkan,
Jika kulat syaitan menguasai.
Jadilah hati itu,
Hati syaitan.
Nafsu giat membina benteng.
Syaitan nikmat menguasai.
Sedang iman.
Duduk terjelepuk di bawah kulat nafsu.
Terdiam.
What should i do?
Tertanya.



 Jika dia sedar, dia bangkit berevolusi.
Perang gerila menggosok dan membuang syaitan di hati.
Dan menarah sang nafsu.
Jadilah dia mukmin yang profesional.

Sayangnya,
Jika iman. Tunduk mendiam diri di bawah kulat nafsu.
Deritalah pulau hati.
Kerana bakal di jajah kulat.
Bertukarlah ia menjadi.
Pulau syaitan.


07 May 2014

kemana kata2 aku?

Aku berbicara 
dengan apa yang aku percaya,
Dan percaya itu,
Terletak pada hati aku.
Dan kata yang tulus dari hatiku,
Tidak akan jatuh
Kecuali pada hati jua.
Namun, jika hatiku sendiri mati. 
Bagaimana ia mahu bergerak kepada hati kalian?

19 April 2014

suspek dunia akhirat !

Sebagaimana alam ini di atur pergerakannya siang dan malam. Dari pergerakan planet pada orbit yg tidak kelihatan, sehinggalah kepada pergerakan zarah yg tak mampu dilihat anak mata.
Allah yg Esa mengaturnya penuh dengan strategi dalam ilmuNya selayaknya dengan segala kehendaknya. Maha suci Allah.
Sungguh. Sebagai hambaNya yang kerdil. Lemah disisiNya. Kala aku di panggil sebagai saksi bagi mengecam suspek yang dikehendaki pihak polis.
Terasa gusar, Andai silapnya perhitungan
Terasa gundah, Andai jasad menjadi ancaman
Terasa resah, Andai aku mengkhianati insan.

.... Aku dibawa ke bilik pengecaman ....

Allahu rabbi. Melalui kawasan lokap di balai, melihat ahlinya.. Membuat aku terfikir.

Begitulah. Aku manusia dunia. Masih punya rasa kasihan, masih punya rasa takut, masih punya rasa ragu.
Sedang anggota tubuhku ini.
Sedang harta milikku.
Sedang makhluk ciptaanNya,
Sedang tulisan, gmbar, ilmu jua segala aspek yg mumkin pada era akhirat kelak ??
Tanpa ragu. Tanpa resah menzahirkan perbuatan.
Membentang dan mempertontonkan di alam perhitungan segala apa yang lakukan selama mana aku diberi tempoh. Mengkhabarkan tujuanku, asbab perbuatanku, yang selama ini mereka menjadi saksi sunyi drama hidupku.
Malah tanpa perlu takut kerana. Aku dibelengu. Akulah suspek akhirat. Yang akan dibicarakan saksi-saksiku.

Kalian, kelak seusai dibentang pada kita kesalahan, dosa, kelalaian, kelupaan, kesengajaan kita di hadapan Hakim yang Maha Adil,
Masihkah ada peluang untuk kita memohon dan meminta
" wahai tuhanku. Keluarkanlah aku dari sini. Aku berjanji tidak akan mengulangi perbuatanku. Hidupkan jiwaku kembali ke dunia agar dapat aku bertaubat dan sujud taat menyembahMu "
Mungkinkah?
Adakah alat sang dongeng Doraemon . Mesin putar masa.
-.-'

15 April 2014

Naluri sang ibu, sangat kuat terpaut pada anaknya. Anak yang dikandung 9 bulan, dibawa bersama kemana sahaja. Berkongsi kisah, cerita serta pengalaman dalam satu jasad sedang punya dua nyawa. Begitu besar dan agung ciptaan Allah sang pencipta. Apa rasa sang ibu, begitulah rasa permata dalam kandungan.
Lantas kerana itu, tidaklah mustahil jika permata itu melakukan sesuatu perkara, tanpa perlu mengkhabarkan pada ibu, pasti sang ibu sudah merasai. Kuasa naluri, firasat atau apa jua istilahnya, ibu pasti tahu.
Kala hati anak itu celaru, sang ibu sudah sedia menukilkan sebuah kata.

" wahai anakku, engkau adalah sebuah pohon buatku. Pohon yang dengan susah payahnya kami siram, baja juga pagarinya dengan benteng yang utuh. Kami pagarinya dengan yakin kelak engkau akan menghasilkan buah yang ranum manfaat buat ummah. Sekalipun belum pasti kami merasai enaknya buah itu. Sudah cukup ia berguna buat masyarakat."

28 February 2014

bicara hati

hebatnya ciptaan Allah.

luka di tangan, membuatkan mengalir laju sel merah darah dari tangan kita itu.
terasa pedih di tangan. 
lantas segera di basuh dan tutup.

luka di hati ?
tidaklah mengalir darah.
tapi mengalir laju air mata jernih.
lantas segera di bersihkan dengan istigfar pada pencipta.

luka hati dan luka tangan.
satu kontradik.
satu zahir, satu batin.
sungguh! hidup ini. bukan sahaja menyentu ttg zahir, bahkan jua batin.
kerana itu, usahlah kita memberi tumpuan hidup kita,
pada perkara zahir sahaja.
perkara batin jualah roh kita untuk terus berjuang.

sepertimana imam al ghazali yang menderita soal hati selama 2 tahun lebih, mencari hakikat sebenarnya.
sehingga berhenti mengajar selepas menjadi mahaguru di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.




19 February 2014

disebaliknya~

hati kita ni, bila nak buat sesuatu yang bermanfaat buat islam.
ada saja rasa malasnya.
hampir-hampir tadi aku ingin tetap solat di bilik.
boleh terus sambung baca 'tenggelamnya kapal van der wijck'

kiri membisik 'usah bersusah payah, yg penting solat'
dicantas naluri dan fitrah kanan
' bukankah jalan yang ingin kita tempuh ini, jalan yang sukar ?'

Allah.
mmg berat aku nak pergi. kena jalan sengsorang. lalu foyer dgn telekung.
segan + malas yang semalasnya.

tp benar kataNya,
segala sesuatu itu didalam ilmu Allah. Allah pasti beri yg terbaik buat kita.
bahkan kalau kita buat sesuatu yang baik, mengikut fitrah kita.
pasti Allah beri sesuatu yang tak dijangka walhal kita tidak mengharapkannya pun.

tup. tup.
ondway ke surau, terserempak dgn geng surau.
then after mangrib, Rahmat Ikhsan pulak bagi talk free.
no need to pay~
#surau kolej aku bertambah meriah sejak Pencetus Ummah tinggal di KIY.

18 January 2014

SABTU PERTAMA.

maulidur rasul.
sambutan keputeraan baginda SAW.

usal niat, hanya menemani bonda mendengar ceramah al fadhil al ustaz dr Mohd Izhar Ariff di Masjid Jami al Fa'izin. Yela, ustaz TV kan. Tidak di sangka, aku di mention ustaz.

'adik yang pakai spect ni, dah khawin ?'
'err, belum'
'insyaAllah, dapat suami soleh'

amin~
tersenyum terkejut sahaja aku =)

'adik nanti nak cari suami nanti, nak cari yang muka masam ke? awak. awak. awak nak khawin dengan saya tak ? compom kena tolak kan. pastinya semua cari yang melamar dengan wajah yang manis kan.'

aku dapat sesuatu, rasul Allah adalah contoh buat kita.
Bukan melihat pada cara pilih suami tadi.
Tapi akhlak yang baginda ajar buat kita. Sentiasa bermanis wajah. Bagaimana beliau diutuskan sebagai penyempurna akhlak ummat manusia.
Bercerita tentang rasul Allah ini sudah pun mampu melenturkan hati.
Allah.
sebak.
Kita seringkali mengungkap cinta pada rasulAllah.
Persaoalannya, tanya pada diri kita.
Cinta kita itu, sama atau lebihkah seperti cintanya kita pada kekasih kita ?
Allah. Bercinta itu, meletakkan kita pada taraf hamba yang mendengar dengan taat. Kerana kita tahu dia menghargai kita.
Hey, tapi sedar kah kamu ? Allah dan Rasul itu lebih menghargai, lebih menyayangi, bahkan lebih mencintai kamu. Lalu mengapa masih kau terasa berat mengikut firmannya dan sunnah-sunnah nya ?
tanyakan pada diri ! Benarkah kau mencintai ?

Bawakan diri pada zamannya, membayangkan bertemu dengannya. Merasai dan meletakkan diri, sebagai insan yang menyokong dan mendokong perjuangan baginda. Berdakwah menyeru kepada kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH, di saat mereka itu tahu akan Allah.Tahu Allah itu tuhan . Tapi mereka mendustakan ! Mereka mengkeji ! Mereka menghina !

Allah. seandainya baginda bersama-sama kita. Lau kana bainana ya Rasul. Melihat pada ketika ini. kita masih leka. Masih tiada rasa, masih berpeluk tubuh melihat ummah. Masih bermalasan. Masih melantakkan orang lain. Bagaimana ? Bagaimana mahu berdepan dengan baginda ?

Mengalir air mata. Berselawat. Memberi salam pada baginda,
Assalamu alaika ya rasul Allah. Huruf 'kaf' itu, bermakna kita berhadapan dengan baginda. Allah.
Baginda di hadapan kita ?
Bayangkan wahai diri. Di depan kita ini, seorang insan mulia ! insan yang hebat !
Allahu akbar.


09 January 2014

ARRAHMAN, ARRAHIM~

dialah tuhan yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.

setiap insan mengharapkan dia menguasai segala bidang ilmu,
agar dia tidak tergolong dalam golongan yang 'jahil' dan 'tak tahu'



aku dikhabarkan, ilmu itu ada dua jenis.
ilmu kasbi, ilmu yang kita peroleh dalam kuliah. yang sebenarnya ilmu itu disusun barat a.k.a 'yahudi'
ilmu wahbi, seperti ilmu ladunni yang diperoleh secara ilham atau melalui para wali.

kerana itu, kadang-kadang tujuan ilmu tak sampai-sampai pada kita. hakikat dan pengertiannya.
bahkan kerana itu, kita merasakan itu  'masalah'
kita rase down. kita rasa stress. kita rasa tension.
MASALAH betul lhaa exam ni !
wahai diri, ketahuilah.
masalah manusia itu, dia 'kehilangan tuhan'
tuhan tempat dia bergantung, tempat dia meminta, tempat dia merintih, tempat dia berhajat, tempat dia mengadu, tempat dia meminta rezeki, bahkan segala-galanya.
tuhan adalah segala-galanya buat kita.
tapi, kita yang kehilangan tuhan kita.

'' eh, kau bukan pakai sony ke? mane dah pergi hp nye? ''
'' ohh. hp tuh ade. tapi dah hilang ''



begitu lah. ALLAH sentiasa ada.
lalu mengapa kita perlu lemah ?
ALLAH sentiasa mendengar,
lalu mengapa kita tidak mahu merintih ?
ALLAH sentiasa melihat,
tapi diri, mengapa tidak mahu meminta ?

ALLAH~
gementarlah jiwa-jiwa ini apabila disebut namaMU