18 January 2014

SABTU PERTAMA.

maulidur rasul.
sambutan keputeraan baginda SAW.

usal niat, hanya menemani bonda mendengar ceramah al fadhil al ustaz dr Mohd Izhar Ariff di Masjid Jami al Fa'izin. Yela, ustaz TV kan. Tidak di sangka, aku di mention ustaz.

'adik yang pakai spect ni, dah khawin ?'
'err, belum'
'insyaAllah, dapat suami soleh'

amin~
tersenyum terkejut sahaja aku =)

'adik nanti nak cari suami nanti, nak cari yang muka masam ke? awak. awak. awak nak khawin dengan saya tak ? compom kena tolak kan. pastinya semua cari yang melamar dengan wajah yang manis kan.'

aku dapat sesuatu, rasul Allah adalah contoh buat kita.
Bukan melihat pada cara pilih suami tadi.
Tapi akhlak yang baginda ajar buat kita. Sentiasa bermanis wajah. Bagaimana beliau diutuskan sebagai penyempurna akhlak ummat manusia.
Bercerita tentang rasul Allah ini sudah pun mampu melenturkan hati.
Allah.
sebak.
Kita seringkali mengungkap cinta pada rasulAllah.
Persaoalannya, tanya pada diri kita.
Cinta kita itu, sama atau lebihkah seperti cintanya kita pada kekasih kita ?
Allah. Bercinta itu, meletakkan kita pada taraf hamba yang mendengar dengan taat. Kerana kita tahu dia menghargai kita.
Hey, tapi sedar kah kamu ? Allah dan Rasul itu lebih menghargai, lebih menyayangi, bahkan lebih mencintai kamu. Lalu mengapa masih kau terasa berat mengikut firmannya dan sunnah-sunnah nya ?
tanyakan pada diri ! Benarkah kau mencintai ?

Bawakan diri pada zamannya, membayangkan bertemu dengannya. Merasai dan meletakkan diri, sebagai insan yang menyokong dan mendokong perjuangan baginda. Berdakwah menyeru kepada kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH, di saat mereka itu tahu akan Allah.Tahu Allah itu tuhan . Tapi mereka mendustakan ! Mereka mengkeji ! Mereka menghina !

Allah. seandainya baginda bersama-sama kita. Lau kana bainana ya Rasul. Melihat pada ketika ini. kita masih leka. Masih tiada rasa, masih berpeluk tubuh melihat ummah. Masih bermalasan. Masih melantakkan orang lain. Bagaimana ? Bagaimana mahu berdepan dengan baginda ?

Mengalir air mata. Berselawat. Memberi salam pada baginda,
Assalamu alaika ya rasul Allah. Huruf 'kaf' itu, bermakna kita berhadapan dengan baginda. Allah.
Baginda di hadapan kita ?
Bayangkan wahai diri. Di depan kita ini, seorang insan mulia ! insan yang hebat !
Allahu akbar.


No comments:

Post a Comment