17 December 2013

tsunami.

Pertemuan yang mungkin kebetulan, atau ketentuan dengan seorang lecture membuatkan hati yang telah mati dari berfungsi hidup kembali.

Apakah selama ini, apa yang anda fikirkan sama seperti kebanyakkan orang di sekeliling anda?
Sama, atau berbeza ?
Pemikirin di luar kotak. 
Apakah yang anda mengerti tentang pengistilahan ini.
Tanyakan pada diri. Sudah cukupkah apa yang ada sekarang ?
Mampukah kita berfikir, apa yang tidak terfikir oleh orang yang berfikir?
Pasti tidak.
Sebagaimana Ibn Tufayl mengarang Hayy Ibn Yazaqan.
Suatu yang mungkin di luar logik akal fikiran yang sempit.
Suatu juga yang dalam bukti rasional.

Be a thinker.
Perhatikan sekeliling anda. Lihat apa yang ada.
Sudah puas ?
Sudah terjawab segala persoalan ?
Sebenarnya kita mampu melakukan suatu perubahan.
Tapi 
Mengapa diri kita masih diam membatu, patung membisu ?
Perubahan bermula dari apa yang ada pada diri.
ya.!
Bukan diri sendiri. Tapi apa yang ada pada diri.
Apa yang ada pada kita ?
Roh, Akal, dan Hati.

Persoalan yang besar tentang Hati,
itu yang di tekankan prof itu tadi.
Aku mula bertanya,
Kuatkah aku melakukan perubahan itu?
Perubahan yang merintih keyakinan dan persoalan hati,

Sedang hati ketika itu, 
didatangkan. merasakan masa berlalu pantas.

*segera aku tengok jam. Ya Rabb. Sudah hampir magrib.

Awak rasa sekejapkan ?
Senyuman hanya mampu diukirkan.
Kata-katanya menyusuk kalbu, membuat aku terlalu asyik menghayati, mendalami.

Macam dalam solat. kadang kita rasa ia terlalu lama kan ?
Kamu tahu mengapa ?

Kerna tiada hati prof.

Lantas,
mengapa para sahabat mampu solat sehingga 200 rakaat ?

Kerna hati mereka bersama mereka.

Benar kata prof.
Apa yang kita lakukan bermula dengan hati kita sendiri.
Apa hati kita bersama dalam pekerjaan kita.
Bersama orang tua dalam suatu acara,
Bawakah sekali hati kita bersama-sama hatinya ?
menyelami jiwa sehingga dia yang dipinggir anak merasa seakan kitalah anaknya ?
Hanis, itulah dia pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan penyelidikan saintifik.

YA RABB, seorang LECTURE ENGINEER.
mengajar aku, ILMU TASAWUF dan FALSAFAH hari ini.

kata prof. 
'' Saya bercakap menggunakan hati saya. Saya tidak menggunakan akal.
Saya rasa kamu perlukan perkara itu. 
Gunakan kata hati kamu dalam setiap perkara yang kamu lalui.
Umpama kamu berkenalan dengan seseorang.
Apa yang kamu mahu dari seseorang itu ?
Kamu perlu tahu apa yang kamu mahu, baru kamu peroleh segala sesuatu yang kamu mahu tahu ''




13 December 2013

bab 9 Pengantar Falsafah

12 December 2013

The Little Woman ^^

Melangkah dengan penuh keyakinan.
Berkerjasama kita satu kumpulan.
Menghayati kisah ala-ala hindustan.
Ini semua satu kenangan kan ?




Selesai sudah THE LITTLE WOMAN dalam subject foundation english di UKM ^^

Alhamdulillah. Aku sangat berpuas hati dengan kerjasama semua. Bahkan aku juga bersyukur atas ukhuwwah yang tercipta.

Jasa Madam Saadiah dan Madam Raja. Lecture yang sanggup turun padang comment lakonan kami.

pic Madam Saadiah je smpat amik
Madam Raja tak smpat. Btw, Madam Raja sangat comell taw!
-.-' Tmbahan dgn aku asyik terlupa skrip. Then main hentam. Pastu salah lah grammar yang merupakan aspek utama penilaian. Jadi. Bagi tidak mengurangkan markah kumpulan. Aku berusaha sungguh-sungguh la hafal skrip aku.

So, bagi membantu aku hafal skrip aku, my ketua editor pun rajen lah buat latihan kat Censelori UKM.

Banyak kali jugaklah.
Sampai aku naik hafal skrip aku. Sampai guard kat situ pun naik kenal muka-muka little woman ^^.

Satu malam yang hening ~
Erm.. berbaloikah sebenarnya kitorang buat latihan malam-malam ni ? 
Sampai aku dan ahli kumpulan lain balik over night. Bus Nadi Putra pun dah balik rehat.

Tapi kitorang tak setop latihan lagi ?

Tak kira lagi dengan balik sengsorang di tengah malam yang sunyi kalau kak Farah ade meeting
(prepare seni taekwando yang aku pernah belajar je la kalau ape2 berlaku).

Aku teringat pada falsafah Plato.

"Suatu perbuatan itu baik

jika di akhir perbuatan itu terhasil kebaikan"

Jadi, sebenarnya semuanya walaupun terpaksa latihan malam sebab pagi dah full with class 
tapi, aku dapat berlakon dengan baik (okey-okey je la)

Tanpa perlu mengadap skrip 24 jam. Sebab dah naik hafal sewaktu latihan. Latihan kat censelori lagi.
Paling penting ! Berjaya juga aku kuatkan suara !

Selain itu, aku juga dah mula borak ngn kak Biha ngan Kak Sal dalam english
(walaupun terabur grammar. at least try) 
Sebab dorg tuh Mum and my Little Sister.

Betullah. Nak kuasai satu bahasa iu, kena speaking, writing sms. 
Bukan hafal je. Berlatih cakap tuh penting la.

Same jugak macam bahasa arab. Thats why my friends ramai gi Mesir ngan Jordan ~ 
Anyway. i'll follow uolls.

 sabar je bila mereka post picture snow ni !
ade pesanan JANGAN JELOUS pulak tuh. 
erm. tak jeles, cuma rasa tercabar lahh !

Walaupun bukan this year. I desire jugak nak gi sane ! 
(maybe ngn Mr Husband kot hikhik).

#share sikit gambar-gambar pembuktian ^^ 
#tankiu lhaa tok kak biha, kak sal, kak fara, kak hanim, kak sibah, kak wid, kak teha, puan siti and puan syahirah


sori. Pening sikit nak tengok~

sebahagian my group. sebelah kanan ni, Laurie. BF aku ^^



sekian ! dari saya falsafah dari little woman :)

06 December 2013

APAKAH erti KEBAHAGIAAN ?

Sering kali kita dengar, kebahagiaan akan kita kecapi bila mana kita ini peroleh apa yang kita impikan kan? 

Dulu. aku nak 5A UPSR. Tapi Allah tak izinkan. Allah bagi 4A je. Adakah aku tidak bahagia ?
Tidak ! aku sangat bahagia dengan keputusan itu. Aku rasakan satu perasaan yang sangat bahagia dan its better than takde A kan ? Begitu juga dengan PMR. Cuma bezanya. Aku peroleh apa yang aku impikan. Dan ketika itu juga aku sangat bahagia. Bahkan kalau kalian tanya aku bagaimana perasaan ketika itu. Aku masih akan katakan. Kebahagiaan itu, sehingga kini ^^
Tapi. berbeza kali ini. Aku peroleh apa yang aku impikan. Sesuatu yang sangat aku impikan sejak dulu. Sejak di bangku sekolah. Malah, usahaku tidak pernah sambalewa untuk perolehnya.
Allah makbulkan permintaanku itu. Namun. memang berbeza. Perasaan bahagia itu, tidak lagi milik aku.

Lantas. Aku mula berfikir.
Apa sebenarnya erti kebahagiaan itu ?
Apakah kata-kata, '' bahagia lah kau dapat apa yang kau nak, tak macam aku'' masih boleh diterima pakai?

Kebahagiaan itu. Seluruhnya milik Allah.Ia sangat berkait dengan rasa Syukur, rasa Qanaah, bahkan juga Taqwa.
Apa yang kita impikan. Bukanlah bermakna ia akan membuatkan kita bahagia.
Impikan rumah besar, kereta mewah, suami beriman, anak-anak yang soleh dan berjaya.
Kembalikan segalanya pada Allah. Mengimpikan segala yang bisa membuatkan hati ini bahagia dan tenang. Sekalipun hanya dengan pondok kecil. Bahagia mampu membuatkan kita punyai segala~