28 November 2013

... kita..

Meniti hari, kita tiba saatnya aku melangkah dalam alam universiti. Pantas sungguhkan masa berlalu. Dulu aku rasa sangat lambat masa berlalu. Lebih-lebih lagi masa Minggu Mesra Pelajar UKM. Turut serta dalam debat, stay up  sampai pagi lagi. Memang tak sabar nak habis latihan time  tu.

rakan kolej ^^
Pantas masa memintas aku ,sudah 3 bulan di UKM, sudah 19 tahun aku hidup di muka bumi, atas kasih dan sayang ilahi, yang menunjukkan ku jalan yang diredhai. Ya Tuhanku. Jangan pernah biarkan kami, walau dengan kadar sekelip mata.

Teringat aku akan bicara peringatan seorang murabbi,

“Fazat Maisara, peringatkan kawan-kawan kamu. Umi sudah tua. Semakin lanjut. Kamu juga sudah hampir SPM. Bila kamu dah berhenti lagi. Umi tak de dah disisi kawan-kawan macam sekarang. Kamu sangat rapat dengan kawan-kawan kamu. Terus bersahabt dengan bimbing mereka.”
Aku terdiam. Menakung air mata. Menguatkan diri yang lemah ini. Ya Allah. Jadikan aku insan yang tabah berdakwah.
“Umi yakin. Kamu mampu Mai. Umi Nampak perjuangan perubahan kamu. Kamu kuat. Umi tahu kes kamu sewaktu kamu form 2.”
“Umi tahu ??
Terus mengalir air mataku. Deras laju mengenangkan kesilapanku semasa di tingkatan dua. Ya. Sungguh. Itu turning pointku. Walaupun ketika itu, tidaklah jelas tujuan hidupku.
“Umi. Mai tak tahu pulak umi tahu. Tapi, Kalau macam tu, kenapa umi pilih Mai jadi .... ”
Seduku tak mampu meneruskan kata. Tertahan-tahan rasanya mengeluarkan tutur bicara. Ku fikirkan pemilihan ini berdasarkan pencapaian akademikku.
“Mai. Itu perkara lepas kan ?”

Aku mengangguk lemah. Sayu. 

betul. Kita ini kawan-kawan. Belajar tinggi-tinggi. Tapi tidak kerana Allah dan Agama kita.
Apa sebenarnya maksud hidup kita ?

Teringat hadis yang baru aku pelajari.
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه عن نبي صلى الله عليه وسلم قال :         
 ..... طائفة طيبة قبلت الماء فأنبت الكلاْ والعشب الكثير....        
Riwayat bukhari dan muslim.

...Golongan pertama yang menerima limpahan ilmu, kamudian bertambah subur dirinya seperti rumput yang banyak...

Aku perlu jadi golongan pertama itu !

27 November 2013

OHH~ ENGLISH !



hujan turun renyai-renyai.
mendaki highlanders sengsorang memang seram malam-malam gini.


aku nampak seorang gadis berskirt dihadapanku.
'chinesse KIY agaknya' aku berlari-lari kearahnya.

''erm.. jalan saing yok !''
''err, sorry. what ?'' 

kata dia sambil membuka earphone.

''Oh ! I'm sorry. Are you Chinesse? Oh ! no.. no.. Can u speak malay ?''
'' No. I can't''

alamak~ macam mane aku nak cakap ni. Aku setup balik otak aku. change vocab from arabic to english ^^ sebab tadi dari kelas matan ArJurumiyah.

'' Err. I just want to walk together with you. I'm afraid.''


'' Ohh ! okey.''

sepanjang ''pendakian'' kami sekadar bertanya dari mana, itu.. dan ini..
dia dari Kazaskhan. student Master. pertukaran pelajar.
*aku mengaku. dia terpaksa cakap 2 kali untuk perkataan yang aku tak berapa nak faham atau tak regular dalam hidup aku.

tiba-tiba.
dia bertanyakan aku satu soalan.

''Can you read the Quran ?''

*ehh ! of cos lhaa aku reti. aku kan org Islam.

"Yes. Alhamdulillah.''

aku mula berteka-teki. siapakah dia? adakah ingin ajak aku berbicara tentang agama? 
ohh~ aku belajar perbandingan agama sem 5 nanti.
atau. dia ingin bercerita tentang alQuran ?

'' I can read the Quran. But not very well. Can you teach me?''

ohh ! ajar orang Kazaskhan. aku terdiam seketika. 
Ya Allah. mampukah aku ?


aku teringatkan sesuatu !

"Oh. I can. But its more better if you go to PTSL. Err. My means library.''

aku memandangnya. dia tersenyum. manis !

''There, on every friday among 12.30 afternoon. At ''amam'' toilet"

ini masalah ! aku tak ingat ape 'depan' dalam bahasa inggeris !
amam.. ape ni...


''Yakni depan.''
''Huh? What is it''

ohh ! plis give me dictionory~

'' Oh. Never mind. There were tajwid class. student from my faculty. Islamic studies will teach you. Can you give me your phone number?''

*****


bahasa Inggeris. itu maksudku.

''Untunglah kau masuk UKM. belajar dalam bahasa melayu. assignment pun bahasa melayu.''

Fakta. Semua yang tahu aku student UKM akan kata macam tu.
Tapi tahukah kamu.
English ! Satu bahasa lingua franca. Bahasa dunia.
Beruntunglah USIM, UIA yang mengutamakan Inggeris. 
Bukanlah bermakna kamu mengikut gaya hidup inggeris. Tapi. 
Bahasa itu lebih MEMUDAHKAN kamu BERDAKWAH ^^
Sungguh !
Aku yang jadi sangat jelous ~
Tapi. Tidaklah bermakna UKM langsung tak memartabatkan inggeris.


UKM pun ade class Foundation English.
Dan. Kelas Kajian Tafsir pagi tadi pun dalam English taw.


 Sebab. lecture  kami pun tahu kedudukan english  dalam era kontemporari kini :D
So! jgn nak jelous sgt.
English sangat penting !
Dan aku berazam untuk menguasainya ~





" cukuplah kematian itu, sebagai satu nasihat "
-hadis Riwayat Tibrani-

kalian. 
kematian itu sesuatu yang pasti dan semua yang bernyawa di muka bumi ini pasti merasainya.
namun persoalannya sekarang. sejauh manakah penghayatan seseorang dalam mengambil kematian itu sebagai nasihat buat dirinya ? 
merasai bahawa setiap kita adalah milik ilahi. 
bukan sahaja insan di sekeliling kita. malah, binatang peliharaan jua. 
bahkan mungkin turut segala harta benda.

yang bernyawa merasai mati. yang baharu pasti rosak. yang ada pasti akan tiada.
segala dan semuanya akan musnah. kecuali Pencipta abadi.


lalu, apa yang mahu diratapi. apa yang mahu ditangisi. 
tidakkah kamu yakini bahawa Allah itu sudah cukup dalam kehidupanmu?
peliharaannya. perlindungannya. kasih sayangnya.


renung-renungkan diri.

benar.
kehilangan itu sesuatu yang perit.
tapi. usah sedih sehingga pasrah
kerana
kita masih ada Allah ^^

26 November 2013



ku selak-selak helaian yang kian melusuh.
peringatan demi peringatan.

perkongsian demi perkongsian.

tahu tak ape yg djumpe?

.... satu kisah tentang saidina Ali.
#rajen jugak salin ceramah dulu ^^

Seorang sahabat bertanya kepada saidina Ali.
Wahai Ali, antara air sejuk dan air panas, mana yang engkau pilih ?
Lantas Ali memilih air sejuk.
Sahabat itu terkejut lalu berkata,
Kenapa engkau memilih air sejuk ? Bukankah engkau kerabat nabi. Dan merupakan qudwah kami ?
Jawab Ali.
Tahukah dikau, disaat aku minum air sejuk, 
ia melahirkan rasa syukur Alhamdulillah dari hatiku ini.

ikhwan akhawat~
bermacam cara kan yg ada sebenarnya untuk kita membuatkan diri ini bersyukur?

baik kita makan, baik ketika kita tidur.
dalam segala perbuatan kita.
dan maqam syukur itu boleh jadi,
lebih tinggi dari sabar.
mana mungkin seorang itu bersabar,
seandainya hatinya tidak bersyukur.

mengapa perlu aku salahkan dia.
sepatutnya,
aku perlu bersyukur dengan hasil rezeki yang ada ^^
ini sudah takdirnya ~

namun kita sebenarnya.
kurang perasan dengan satu nikmat yang dikurnia buat semua manusia.
iaitu ibu bapa.

Aku.

Bersyukur masih mempunyai emak ngn abah.
dan~
aku berjanji.
tidak akan biarkan mereka di sini.
lawatan di Melaka ni.sayu rasanya.


sabda nabi, (mafhumya)
jika kau mahu disayangi. kau perlulah menyayangi ^_^

pakcik yang tabah !
mencari rezeki buat diri.
tanpa mengharap anak-anak 

semoga kita diberi peluang mengembirakan ibu bapa kta kelak ^^





09 November 2013

OHH! kau muslimahku ^^

betapa nilainya seorang muslimah.
aku, 
sebagai seorang muslimah.
aku juga sangat mengasihi muslimah2 ku.

wahai para MUSLIMAHKU SAYANG.
ini suratku buatmu ^^
bulatan usrah. 

bersama seorang naqibah yang sangat penyayang. 
memberikan aku beberapa nilai yang aku sangat kagum akan dia 
dan perlu aku contohi.
tidak pernah jemu mengajak aku berusrah bersamanya. 
mentarbiyah diriku.
membimbing aku,
menyelami rasa jiwaku.
mendalami gelora remaja ini.

dengan sabar mengajak aku bersama muslimah lain.
bahkan. 
ambil berat akan diri ini. 
risaunya dia. umpama seorang ibu buatku.
merasakan. 
seolah kasihnya dia menyelubungi hati dan mencengkam nurani.

wahai para muslimah.
terima kasih.
akhlakmu, memberi kesan pada jiwa ini.
oh muslimah.
pesonamu. membuat aku terkesan.
 peribadimu, membuat aku tertarbiyah.

inilah yang dinamakan.. berdakwah dengan akhlak kan ?
ya Allah.
terima kasih atas kasihmu pada muslimah.
terima kasih atas pensyariatanmu.
memartabatkan maruah wanita.
subhanallah.
aku sangat kagum.