" cukuplah kematian itu, sebagai satu nasihat "
-hadis Riwayat Tibrani-
kalian.
kematian itu sesuatu yang pasti dan semua yang bernyawa di muka bumi ini pasti merasainya.
namun persoalannya sekarang. sejauh manakah penghayatan seseorang dalam mengambil kematian itu sebagai nasihat buat dirinya ?
merasai bahawa setiap kita adalah milik ilahi.
bukan sahaja insan di sekeliling kita. malah, binatang peliharaan jua.
bahkan mungkin turut segala harta benda.
yang bernyawa merasai mati. yang baharu pasti rosak. yang ada pasti akan tiada.
segala dan semuanya akan musnah. kecuali Pencipta abadi.
lalu, apa yang mahu diratapi. apa yang mahu ditangisi.
tidakkah kamu yakini bahawa Allah itu sudah cukup dalam kehidupanmu?
peliharaannya. perlindungannya. kasih sayangnya.
benar.
kehilangan itu sesuatu yang perit.
tapi. usah sedih sehingga pasrah
kerana
kita masih ada Allah ^^
No comments:
Post a Comment