28 November 2013

... kita..

Meniti hari, kita tiba saatnya aku melangkah dalam alam universiti. Pantas sungguhkan masa berlalu. Dulu aku rasa sangat lambat masa berlalu. Lebih-lebih lagi masa Minggu Mesra Pelajar UKM. Turut serta dalam debat, stay up  sampai pagi lagi. Memang tak sabar nak habis latihan time  tu.

rakan kolej ^^
Pantas masa memintas aku ,sudah 3 bulan di UKM, sudah 19 tahun aku hidup di muka bumi, atas kasih dan sayang ilahi, yang menunjukkan ku jalan yang diredhai. Ya Tuhanku. Jangan pernah biarkan kami, walau dengan kadar sekelip mata.

Teringat aku akan bicara peringatan seorang murabbi,

“Fazat Maisara, peringatkan kawan-kawan kamu. Umi sudah tua. Semakin lanjut. Kamu juga sudah hampir SPM. Bila kamu dah berhenti lagi. Umi tak de dah disisi kawan-kawan macam sekarang. Kamu sangat rapat dengan kawan-kawan kamu. Terus bersahabt dengan bimbing mereka.”
Aku terdiam. Menakung air mata. Menguatkan diri yang lemah ini. Ya Allah. Jadikan aku insan yang tabah berdakwah.
“Umi yakin. Kamu mampu Mai. Umi Nampak perjuangan perubahan kamu. Kamu kuat. Umi tahu kes kamu sewaktu kamu form 2.”
“Umi tahu ??
Terus mengalir air mataku. Deras laju mengenangkan kesilapanku semasa di tingkatan dua. Ya. Sungguh. Itu turning pointku. Walaupun ketika itu, tidaklah jelas tujuan hidupku.
“Umi. Mai tak tahu pulak umi tahu. Tapi, Kalau macam tu, kenapa umi pilih Mai jadi .... ”
Seduku tak mampu meneruskan kata. Tertahan-tahan rasanya mengeluarkan tutur bicara. Ku fikirkan pemilihan ini berdasarkan pencapaian akademikku.
“Mai. Itu perkara lepas kan ?”

Aku mengangguk lemah. Sayu. 

betul. Kita ini kawan-kawan. Belajar tinggi-tinggi. Tapi tidak kerana Allah dan Agama kita.
Apa sebenarnya maksud hidup kita ?

Teringat hadis yang baru aku pelajari.
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه عن نبي صلى الله عليه وسلم قال :         
 ..... طائفة طيبة قبلت الماء فأنبت الكلاْ والعشب الكثير....        
Riwayat bukhari dan muslim.

...Golongan pertama yang menerima limpahan ilmu, kamudian bertambah subur dirinya seperti rumput yang banyak...

Aku perlu jadi golongan pertama itu !

3 comments:

  1. bersama samalah kita mencari keredhaan illahi.:)

    ReplyDelete
  2. setiap orang ada masa lalunya..jangan dilihat apa yang sudah berlalu..teruskan berjalan ke hadapan untuk merubah dari yang baik menjadi yang terbaik..

    ReplyDelete