13 October 2013
12 October 2013
aku dahulu, bukanlah yang sekarang~
itulah lagu di corong radio sebentar tadi.
bagaimana PERUBAHAN itu boleh berlaku?
Soalan saya yang pertama, yakinkah kamu akan keagungan al-Quran ?
Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah sekitar 1400 tahun yang lalu ?
Di dalamnya, ada janji Pencipta kita :
Subhanallah. Pasti dimakbulkan kan ?
Jadi soalan saya yang kedua.
Sedarkah kamu yang sebenarnya kamu sering berdoa. Dalam solatmu.
Banyak bukan. Lalu, apakah dalam jutaan doa itu kamu masih tidak ditunjukkan jalan yang lurus?
masih boleh kamu berikan alasan, "tidak mendapat hidayah?''
Saudara, Allah sering saja memberikan kita JalanNya,
Namun, persoalannya, adakah kita nampak ? atau, mata hati kita sudah tidak bisa melihatnya.
Berhati-hatilah.
Jangan sampai kamu tergolong dalam golongan yang DIMURKAI DAN SESAT ^^
Carilah jalanNya. Carilah dirimu.
itulah lagu di corong radio sebentar tadi.
bagaimana PERUBAHAN itu boleh berlaku?
Soalan saya yang pertama, yakinkah kamu akan keagungan al-Quran ?
Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah sekitar 1400 tahun yang lalu ?
Di dalamnya, ada janji Pencipta kita :
"BERDOALAH PADAKU, PASTI AKU MAKBULKAN"
Subhanallah. Pasti dimakbulkan kan ?
Jadi soalan saya yang kedua.
Sedarkah kamu yang sebenarnya kamu sering berdoa. Dalam solatmu.
5 kali sehari.
35 kali seminggu,
1825 kali setahun,
18250 kali dlm masa 10 tahun.
Bahkan berjuta kali.
Belum dikira dengan solat sunat, bacaan doa, tahlil
![]() |
jika ada yang mencemuh ! biarkan. tetap dgn niat HIJRAH kita. |
TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS,
YAITU JALAN ORANG-ORANG YANG KAU KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA.
BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI.
DAN BUKAN PULA JUGA JALAN MEREKA YANG SESAT.
masih boleh kamu berikan alasan, "tidak mendapat hidayah?''
Saudara, Allah sering saja memberikan kita JalanNya,
Namun, persoalannya, adakah kita nampak ? atau, mata hati kita sudah tidak bisa melihatnya.
Berhati-hatilah.
Jangan sampai kamu tergolong dalam golongan yang DIMURKAI DAN SESAT ^^
Carilah jalanNya. Carilah dirimu.
![]() |
berusaha sebaiknya, agar diri kita BERTAMBAH BAIK. tidak mengapa jika sikit-sikit ^^ |
tunjukkan aku.
jika kau kata, cinta kau itu dalam.
tunjukkan aku buktinya.
jika kau kata, percayamu kuat.
tunjukkan aku yakinmu.
saudara,
sering kita inginkan bukti. agar kita tidak ditipu.
dan saudara. itu fitrah kita ^^
kerana itu, cuba kamu perhati dan hayati kisah-kisah para rasul.
apakah dalam dakwah mereka, tidak Allah turunkan bukti ?
bukti bahawa mereka bukanlah pendusta atau mereka-reka agama.
lantas, bagi kita ini ?
ummat akhir zaman yang tidaklah disamping kita seorang rasul.
ketahuilah.
Allah tinggalkan bukti kerasulan baginda sallahhu'alaihisalam dgn mukjizat QURAN ^^
cuba kamu perhatikan ayat:
Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30,
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…”
dan. apa kata para ulama sains ?
Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang.
Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum,
kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu,
yang dinamakan sebagai Big Bang.
Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling)
yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya
Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity
yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble,
telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang.
Dengan menggunakan alat yang canggih,
beliau telah mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekali gus mengukuhkan
pendapat bahawa alam ini bercantum padu pada asalnya
dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan pengembangan itu.
begitulah. baginda tidaklah seorang saintis, namun menyampaikan wahyu ttg sains.
apakah itu tidak menjadi bukti kamu terus tetap dgn ISLAM dan mendalaminya ?
.jpg)
kata seorang profesor.
makin kuat bukti,
makin kuat iman kita :D
para saintis islam. kajilah ilmu bidangmu, dan sampaikan pada kami.
itu akan menambahkan iman kami ^^
https://www.facebook.com/video/embed?video_id=622876377735370%22%20width=%22320%22%20height=%22240%22%20frameborder=%220%22%3E%3C/iframe%3E
10 October 2013
pelihara AQIDAH kita 3.0
Penguasaan Syiah
Pada pertengahan abad ketiga muncul tiga kumpulan besar Syiah iaitu Syiah Ismailiyyah, Qaramitah dan Ithna Ashriyyah. Mereka berbeza pendapat dari sudut prinsip, akidah dan hukum. Pada akhir abad ke 3H dan awal abad ke 4H keadaan berubah apabila Syiah mula menguasai beberapa tempat dalam dunia Islam. Al-Qaramitah di bawah kepimpinan Rustam bin al-Husain berjaya menguasai yaman. Namun kerajaan ini tidak bertahan lama sehingga lahir pula kerajaan Qaramitah di Bahrin. Golongan ini sangat ganas dan membunuh jemaah haji sehingga mereka menyerang kaabah pada tahun 317H dan mencuri hajar al-Aswad dan dibawa ke pusat pemerintahan mereka di Hajar timur semenanjung Arab. Hajar Aswad berjaya dirampas semula dan dikembalikan ke Kaabah pada tahun 339H.
Sementara gerakan Syiah Ismailiyyah berjaya menguasai utara Afrika dari Maghrib sehinga ke Mesir pada tahun 359H. Gerakan ini bertapak di Mesir selama dua kurun dan barjaya dikalahkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 567H.
Manakala Golongan Syiah Ithna Ashriyyah mula menguasai sekitar Iran pada tahu 261-389H dalam keluarga Bani Saaman yang terdiri dari Usul Parsi. Sementara Bani Hamdan yang berasal dari Arab menguasai Musil di Iraq pada tahun 317-369H. Kekuasaan juga pernah sampai ke Halab Syria pada tahun 333-392H. Pencapaian Syiah yang paling ketara adalah dalam pemerintahan Bani Buwaih tanpa menjatuhkan kerajaan Abbasiah tahun 334-447. Secara keseluruhannya Pada abad ke empat Hijrah merupakan abad penguasaan Syiah dalam dunia Islam, Bani Buwaih menguasai Iraq dan Iran, Bani Samaniyyun menguasai Sebahagian timur Iran dan Afghanistan, Bani Hamdan menguasai Musil, al-Qaramitah menguasai timur Semenanjug Arab, dan kerajaan Fatimiyyah menguasai utara Afrika sehingga Syria dan Lubnan.
Pada akhir abad ke empat Hijrah jatuh kerajaan Qaramitah, Pada pertengahan abad ke lima Hijrah Jatuh kerajaan Bani Biwaih (447H) sementara kerajaan Fatimiyyah atau Abidiyyun jatuh pertengahan abad ke enam Hijrah (tahun 567H). Dengan kejatuhan kerajaan-kerajaan tersebut dunia Islam kembali semula di perintah oleh kerajaan Ahli Sunnah.
Sejak kejatuhan ini gerakan Syiah berterusan namun tanpa menguasai Negara sehinggalah muncul kerajaan Safawi di Iran (Ismail Safawi nisbah kepada Safiyuddin al-Ardbili) tahun 907H hingga 1148H bersamaan(1735M). Dalam masa tersebut pertempuran antara kerajaan Osmaniyyah dan Safawiyyah berterusan lebih kuran dua Abad sehingga jatuhnya kerajaan Safawi tersebut dan kerajaan Osmniyyah juga menjadi lemah dan akhirnya Negara umat Islam mula dijajah oleh Eropah dan Rusia.
Pada tahun 1193H(1779M) Agha Muhammad Qajar yang berketuruna Parsi dan bermazhab Syiah menguasai Iran. Beliau dan keturunannya menguasai Iran dengan mengunakan gelaran Shah sehingga keluarga diraja ini jatuh pada tahun 1343H (1925M) hasil dari pemberontakan Reda al-Bahlawi yang mendapat pertolongan daripada Inggeris. Pada tahun 1941 Inggeris menjatuhkan Reda Bahlawi kerana banyak berlaku perselisihan dan digantikan dengan anaknya Muhamad Reda Bahlawi yang memerintah sehingga berlaku revolusi Iran Tahun 1979M (1193H).
4. Cabaran Fahaman Syiah Kepada Umat Islam
Setelah kita memahami Syiah sebagai satu kumpulan dan gerakan yang muncul dalam dunia Islam dan ia mempunyai kaitan yang rapat dengan persoalan politik dan pemberontakan, maka beberapa perkara yang menjadi cabaran kepada kita perlu diketahui dalam usaha mendepani mereka antaranya:
a. Sikap mereka terhadap Ahli Sunnah
Menurut Dr, Hussain al-Musawi (2007:113) - yang terdiri dari kalangan ulama Syiah yang cuba membuat pembetulan terhadap ajaran Syiah yang sesat dan menyeleweng- bahawa golongan Syiah menjadikan musuh mereka yang utama adalah Ahli Sunnah. Buku-buku utama Syiah dan kata para fiqaha dan ahli Ijtihad mereka menamakan secara jelas Ahli Sunnah sebagai musuh mereka. Mereka mengelarkan Ahli Sunnah dengan berbagai-bagai sifat seperti al-‘amah (umum), al-nawasib bahkan sebilangan mereka beriktikad sunni sebagai najis. Ekoran dari prinsip ini maka mereka bersepakat supaya:
a. Wajib menyalahi golongan Ahli Sunnah. Mereka dikehendaki supaya sentiasa menyalahi Ahli Sunnah dalam persoalan agama mereka.
b. Tidak harus beramal dengan apa yang bertepatan dengan Ahli Sunnah. Ulama Syiah al-Hurr al-‘Amili menulis tajuk ini dalam kitab beliau Wasail al-Syiah dan menyatakan bahawa hadis-hadis berkaitan persoalan ini adalah mutawatir.
c. Mereka tidak akan bersepakat denganAhli Sunnah dalam apa jua perkara. Sayyid Ni’matullah al-Jazairi berkata dalam bukunya al-Anwar al-Jazairiyyah (2;278) : Kita tidak berhimpun dengan Ahli Sunnah mengenai Tuhan, Nabi dan Imam kerana mereka mengatakan tuhan mereka adalah yang nabinya Muhammad dan khalifah selepasnya Abu Bakar, kita tidak berkata dengan tuhan dan nabi yang sedemikian, bahkan kita berkata bahawa tuhan yang khalifah nabinya adalah Abu Bakar bukan tuhan kita dan buka nabi itu nabi kita.
Dr Hussain alMusawi (2007:123-124) merumuskan pegangan Syiah terhadap Ahli Sunnah bahawa mereka kafir, najis dan lebih durjana daripada orang Yahudi dan Kristian. Mereka wajib di bunuh, dirampas harta benda mereka dan wajib dilaknat dan dicela khususnya generasi awal Islam yang berjuang bersama nabi. Beliau menambah bahawa dengki Syiah terhadap Ahli Sunnah tiada bandingnya sehingga para fuqaha mereka mengharuskan berbohong kepada Ahli Sunnah, melemparkan tuduhan palsu terhadaap mereka. Mereka memendam perasaan dengki dan marah ini setelah diarahkan oleh para ulama mereka dan menunggu saat dan waktunya untuk di istiharkan. Apa yang berlaku di Iraq dan Syria adalah sebaik-baik contoh untuk perhatian dan pengajaran.
b. Sikap terhadap al-Quran
Ulama Islam bersepakat bahawa al-Quaran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w, dan dipelihara dari segala perubahan dan penyelewengan sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Namun bagi ulama Syiah terdapat kitab-kitab lain yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad dan hanya di khususkan kepada Syidina Ali sahaja antaranya: Kitab al-Jami’ah, Sahifah al-Namus, Sahifah al-‘abitah, sahifah zuabat alsaif,al-Jafr al-Abyad dan al-Ahmar, Mushaf Fatimah dan al-Quran. Sementara al-Quran yang terdapat hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng.
Menurut al-Musawi (2007:109) ulama Syiah beriktikad bahawa al-Quran yang terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng. Seorang ulama hadis Syiah mengumpulkan hadis dan pendapat ulama Syiah berkaitan penyelewengan al-Quran dalam sebuah kitab yang besar berjudul :فصل الخطاب في اثبات تحريف كتاب رب الأرباب
Dr Musa al-Musawi turut menjelaskan bahawa akidah ini memang menjadi pegangan ulama Syiah walaupun mereka tidak begitu ketara membincangkannya kerana terdapat juga sebilangan ulama Syiah menyatakan sebaliknya. Menurut beliau bahawa hadis-hadis mengenai penyelewengan al-Quran direka sewaktu ketiada Imam diawal pertembungan dengan Sunnah.
c. Keganasan
Antara ajaran Syiah yang menunjul adalah melampau dalam kepercayaan mereka kepada wali dan imam-imam mereka. Menurut Dr. Musa al-Musawi,(1998:114) sikap mereka yang melampau dalam teori menjadikan mereka juga melampau dalam amali. Menurut beliau buku-buku Syiah yang masih tidak dikemaskini dan sikap ahli fikah mereka yang menerima riwayat tersebut menjadi punca kepada kelakuan ganas dan melampau penganut Syiah. Apa yang berlaku dalam sejarah menunjukkan sikap mereka dan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam yang lain.
d. Mut’ah
Muta’ah adalah perkahwinan sementara yang diamalkan oleh golongan syiah, ulama syiah bangkit mempertahankan nikah muta’ah. Perkahwinan muta’ah sebagaimana yang diharuskan oleh ualam Syiah tidak lebih daripada perbuatan zina kecuali dengan satu syarat iaitu perempuan itu tidak mempunyai suami. Perkahwinan ini tidak perlu kepada saksi dan memberikan nafkah.(al-Musawi 1998:158-159)
e. Wilayah al-Fakih
Syiah selepas revolusi Iran telah memperkenalkan teori wilayah al-fakih, yang menjadikan para ulama mereka seperti seorang yang maksum. Sehingga alKhumaini dan alShistani yang menandatangani fatwa : dari Allah swt.” Seolah-olah mereka adalah waki daripada Allah . Syiah selepas Khumaini dengan perinta wilayah al-fakih telah mengiklankan akidah Syiah yang sebelum ini hanya menunggu Imam al-Mahdi. Antara akidah yang di zahirkan yang sanfgat merbahaya adalah:
Pertama, mentakfirkan para sahabat. Kedua: mendakwa bahawa al-Quran yang ada tidak sempurna, ketiga: Syariah belum sempurna dan akan disempurnakan oleh imam Mahdi keempat: Mereka menuduh Syidatina Aishah sebagaimana yang dituduh oleh golongan munafik.
Situasi ini menjadikan syiah hari ini bertentangan dengan Ahli Sunnah dalam perkara yang paling Asas.
5. Penutup
Berdasarkan penjelasan diatas, boleh disimpulkan bahawa Syiah adalah satu kelompok umat Islam yang menyeleweng dan banyak melakukan bidah dalam agama. Sungguhpun jumhur ulama tidak mengkafirkan sebilangan mereka. Namun sebilangan yang lain dihukum kafir seperti Ismailiyyah dan Nusairiyyah. Penyelewengan yang berlaku dalam ajaran Syiah sekarang menjadikan taqrib adalah suatu yang mustahil. Namun Ahli Sunnah masih lagi boleh bertoleransi antara satu sama lain dengan menjauhi persoalan yang hangat dalam kedua-dua belah pihak. Begitu juga menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk menyeru golongan Syiah untuk kembali ke jalan yang benar, dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah dari dicemari dengan shubhat yang berbagai. Kita juga tidak boleh malu untuk menolak penyelewengan yang berlaku dan mendedahkan kepada khalayak secara akademik dan jujur bagi menjaga akidah dan akhlak umat Islam. Semoga Allah merahmati kita dan menyatukan hati hambanya ke jalan yang diredai,,,Amin.
6. Rujukan
1. Al Sirjani, Gharib. 2011. Al-Syiah Nidal am Dalal. Al-Kaherah. Dar al-Aqlam
2. AlMusawi, Musa. 1998. Dedah Fahaman Syiah (trj. Prof, Madya. Huda Muhsin dll). JAKIM.
3. Al-Musawi, Husain. 2007. I’tirafat Ulama al-Syiah. Al-Qahirah. Dar al-Haramain
4. Ihsan Ilahi Zahir.2008. al-Syi’ah wa al-Tashayyu’. Amman. Dar Ammar.
5. Al-Salus, Ali Ahmad. 1997. Ma’ al-Syi’ah al-Ithna ‘Ashriyyah Fi al-Usul wa al- Furu’. Al-Qahirah. Dar al-Taqwa.
6. Al-Za’biy, Fathy Muhammad. 1998. Ghulat al-Syia’ah. Tanta, Matba’ah Ghabashi.
7. Dandar Lajbar. 2009. ‘Aqidah al-Syi’ah alRafidah fi al-Sahabah.Amman. Dar Ammar .
pelihara AQIDAH kita.
SYIAH
PERJUANGAN ATAU PENYELEWENGAN
Disediakan
Oleh: Dr Abdull Rahman Mahmood
Ketua Pusat
Islam UKM
1.
Pendahuluan
Umat Islam
kebelakangan ini dilanda dengan berbagai krisis sama ada krisis dalaman umat Islam
sendiri atau penindasan pihak luar terhadap umat Islam. Antara krisis dalaman
yang sangat merbahaya kepada umat Islam sekarang ini adalah krisis syiah dan
sunnah yang menyebabkan jutaan umat Islam terbunuh seperti apa yang berlaku di
Iraq dan Syria sekarang. Pertelingkahan ini semakin hangat apabila terdapat
campur tangan musuh-musuh Islam yang cuba untuk memecah belahkan umat Islam.
Oleh itu, satu usaha untuk menangani masalah ini supaya tidak berlaku dalam
kalangan masyarakat umat Islam di
Malaysia adalah sangat penting. Secara umumnya perbincangan mengenai
Syiah masih lagi kabur dalam kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia kerana
fahaman ini tidak tersebar kecuali setelah revolusi Iran 1979. Kertas ini akan cuba
untuk memberi penjelasan mengenai fahaman Syiah dari sudut sejarah kemunculan,
penguasaan Syiah dan cabaran fahaman Syiah kepada umat Islam khususnya di
Malaysia.
09 October 2013
NaSihaT seoRaNg MuSLimaH
aku kira, beliau seorang muslimah yang hebat, juga mukminah yang dikagumi.
pertama kali aku melihat beliau, beliau menangis ketika membaca alfatihah dalam dhuhanya.
subhanallah, sangat beliau menghayati bacaan dan segala lafaznya.
seusai beliau solat, beliau menegurku :D
tapi. apakan daya.
aku kurang kuasai bahasa arab.
hanya mampu yes, no ^^
beliau faham, dan berusaha memahami setiap kata-kataku dan memahamkan aku kata-katanya.
tapi hari ni.
masyaAllah.
aku sedang menulis sambil meniarap di surau.
beliau datang solat asar.
seusai solat,
'enti, masmuki ?''hanis' ..
' hadis ?'
'eh. la' hanis, yakni nun ya ustazah'
'hanis, naum fi hazal wakt khata'.. (aku translatekan ye)
hanis, tidur waktu ini (asar) tidak boleh dan salah. dan kamu jangan meniarap seperti itu lagi. itu adalah ciri ahli neraka. ahli neraka kelak, akan seperti itu, dan kakinya akan ditarik oleh malaikat untuk diseksa. moga kita djauhkan darinya.
'ouhh' asifni. syukran ustazah. ma adri'
begitu lah. kalau kita ingin menjadi ahli syurga, usahlah kita seperti ahli neraka ^^
jom. bercita-cita dan lagaklah seperti ahli syurga.
di syurga tu, tiada kata yang sia-sia, tiada umpatan.
dan MAJLIS ILMU itu, diumpamakan rasul seperti TAMAN SYURGA ^^
#syukran ustazah#
sebelum beliau keluar pun,
sekali lagi beliau mengingatkan aku ~
#peringatan itu berguna bagi orang islam#
08 October 2013
pelihara AQIDAH kita 2.0
2. Syiah dan Sejarah Kemunculannya
Menurut ulama usul, kita tidak boleh menghukum kepada sesuatu sebelum kita mengenali sesuatu itu. Oleh itu, sebelum kita berbincang secara lebih mendalam mengenai Syiah dan Sunnah kita perlu terlebih dahulu mengenali Siapa mereka, apakah akar umbi mereka, bagaimana kumpulan ini muncul dalam sejarah umat Islam dan apa peranan mereka dalam perkembangan politik dan kegawatan umat Islam dahulu dan semasa.
Ihsan Ilahi Zahir (2008:11) menyebut bahawa Syiah dalam bahasa arab merujuk kepada pengikut atau penyokong. Oleh itu, lafaz Syiah bila disebut dalam sejarah umat Islam ia merujuk kepada “pengikut syaidina Ali dalam perselisihan beliau dengan Bani Umayyah”. Kebanyakan buku sejarah Islam menyatakan bahawa permulaan sebenar kepada Syiah adalah perselisihan antara Syidina Ali dan Syidina Muawiyah. Pihak yang menyokong Syidina Ali disebut sebagai Syiah sementara pihak yang mendokong perjuangan Sayidina Muawiyah disebut sunnah.
Namun, sebilangan ulama Islam menolak pentakrifan Syiah dengan hanya merujuk kepada fakta sejarah sahaja kerana mereka mendapati kemunculan sebenar Syiah adalah setelah berakhir kerajaan bani Umayyah. Menurut Ihsan Ilahi Zahir(2008:11) dan Dr. Gharib al-Sirjani (http.www.islamstory.com) bahawa perselisihan antara Syidina Ali dan Sayidin Muawiyah tidak sampai ke tahap Islam atau kafir sebagaimana yang ada dalam fahaman Syiah selepas itu. Al-Sirjani menjelaskan bahawa perselisihan antara Syidina Ali dan Muawiyah bertolak dari persoalan ijtihad. Dalam perselisihan ini kebanyakan ulama sunnah berpendapat bahawa kebenaran adalah bersama Syidina Ali r,a. sementara Syidina Muawiyah berijtihad sebaliknya. Berdasarkan fakta ini maka Syidina Ali r.a. Adalah bersama ulama Ahli Sunnah dan Syidina Muawiyah juga adalah Ahli Sunnah. Oleh itu, dakwaan bahawa Syidina Ali sebagai pengasas kepada aliran Syiah adalah tidak tepat kerana fahaman dan ajaran yang dibawa oleh beliau bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh khalifah-khalifah sebelumnya tidak seperti apa yang didakwa oleh Syiah hari ini.
Ada pandangan kedua menyatakan bahawa kemunculan Syiah bermula selepas kematian Syidina Husain r.a. Pandangan ini ada kewajaranya kerana penduduk Iraq yang tidak membela kehadiran Syudina Husain r.a. ke Iraq merasa menyesal atas kematian beliau dan mereka bangkit menentang kerajan Umaiyyah pada waktu itu. Dalam hal lain, kita juga melihat hubungan Syiah dengan Syudina Husain lebih kuat berbanding dengan hubungan mereka dengan Syidina Ali. Mereka memperingati secara besar-besaran ulang tahun kematian Syidina Husain tetapi tidak memperigati kematian Syidina Ali.
Namun para pengkaji Syiah mendapati pada tahap ini kemunculan Syiah sebagai ajaran masih belum bermula lagi. Ajaran mereka sama ada yang berkaitan dengan prinsip akidah atau amalan hukum syarak masih sama dengan Ahli Sunnah. Bahkan tokoh-tokoh ulama dan imam Syiah yang mereka dakwakan sebagai imam adalah ulama Islam yang berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah. Begitu juga keluarga Syaidina Ali r.a juga ada yang berkahwin dengan kerabat diraja Umaiyyah seperti Ramlah binti Ali berkahwin dengan Muawiyah bin Marwan, Khadijah berkahwin dengan Abdul Rahman bin Amir al-Umawy. Mereka juga masih bersembahyang di belakang ulama Ahli Sunnah. Penentangan mereka terhadap kerajaan lebih bersifat pemberontakan politik sahaja.(Ihsan Ilahi zahir2008: 28-36)
Menurut al-Sirjani selepas kematian Syidina Husain, keadaan kembali tenang. Anak kepada Syidina Husain yang bernama Ali Zainal Abidin adalah seorang yang soleh, begitu juga dengan anak beliau Muhamad al-Baqir dan Zaid. Mereka semua masih dikenali sebagai ulama Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran Islam. Sekalipun Imam Zaid bin Ali berbeza pendapat mengenai keutamaan Syidina Ali sebagai khalifah, menyalahi ijmak ulama umat pada masa itu. Zaid telah menentang pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik sehingga beliau terbunuh pada tahun 122H. Pengikut beliau selepas itu dikenali sebagi Zaidiyyah yang merupakan golongan Syiah yang paling sederhana dan hampir dengan Ahli Sunnah.
Sementara Muhammad al-Baqir meninggal pada tahun 114H lapan tahun lebih awal daripada Zaid dan meninggalkan seorang anak yang alim dan soleh iaitu Jaafar al-Sadiq. Beliau sangat alim dalam bidang fikah dan akidahnya sama dengan akidah para sahabat dan tabiin.
Di akhir kerajaan Umaiyyah gerakan bani Abbas bangkit menentag kerajaan Umaiyyah dengan dibantu oleh kumpulan yang berpecah dari zaid bin Ali ra. Sehingga kerajaan Umaiyyah jatuh pada tahun 132H. Di awal zaman kerajaan Abbasiyah keadaan fahaman Syiah masih sama dengan ajaran Ahli Sunnah. Tiada perbezaan ketara dalam persoalan akidah dan fekah. Namun muncul golongan al-Talibiyyin yang inginkan kerajaan dipimpin oleh keturunan Syidina Ali. Mereka mula memberotak di zaman pemerintahan Abu Jaffar al Mansur.
Pada tahun 148H, Imam Ja’far al-Sadiq wafat meninggalkan anaknya yang alim bernama Musa al-Kazim, yang juga wafat pada tahun 183H meninggalkan beberapa orang anak antaranya Ali bin Musa al-Rida. Bagi meredakan pemberontakan golongan talibiyin khalifah al-Ma’mun telah melantik beliau sebagai putra mahkota. Setelah perlantikan ini keadaan pemberontakan menjadi tenang. Namun Ali al-Rida mati mengejut pada tahun 203H, menyebabkan mereka menuduh al-Al M’mun yang bunuh beliau. Pemberontakan mula kembali dan disokong oleh kaum Parsi yang berjuang atas dasar perkauman dan kebencian kepada orang-orang arab yang telah menjatuhkan kerajaan parsi. Apa yang menarik perhatian para pengkaji adalah, perselisihan dalam kalangan umat Islam ketika ini masih dalam persoalan politik dan belum muncul Syiah sebagai satu kelompok yang berakidah seumpama Syiah hari ini.(al-Sirjani, islamstory.com)
Pemberontakan golongan ini terhadap kerajaan Abbasiyah masih berterusan dan mereka menjadikan keturunan Rasulullah sebagai sandaran untuk memimpin mereka. Selepas itu muncul Muhammad al-Jawwad yang wafat tahun 220, kemudian muncul anak beliau Ali bin Muhammad al-Hadi yang wafat tahun 254H, kemudian muncul pula anak beliau Hasan bin Ali al-‘Askari yang mati pada tahun 260H yang meningalkan anak yang kecil Muhammad bin Hasan yang juga meningal dunia sewaktu usia masih kecil. Kematian ini menyebabkan mereka ketiadaan pemimpin untuk mendokong pemberontakan terhadap kerajaan Abbasiah yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka kepada berbagai-bagai puak yang berbeza dari segi perinsip dan pemikiran bahkan juga berlaku dalam persoalan akidah dan syariat. Dalam kegawatan inilah muncul kumpulan Syiah “Ithna Ashriyyah” yang terdapat di Iran, Iraq dan Lubnan sekarang yang merupakan kumpulan Syiah yang terbesar dan disebarkan ke dunia Islam hari ini. Mereka mendakwa Imam mereka yang terdiri dari dua belas orang adalah seperti berikut:
وقالوا: إن هؤلاء الأئمة هم بالترتيب كما يلي: 1- علي بن أبي طالب. 2- الحسن بن علي. 3- الحسين بن علي. 4- علي زين العابدين
بن الحسين. 5- محمد الباقر بن زين العابدين. 6- جعفر الصادق بن محمد الباقر. 7- موسى الكاظم. 8- علي الرضا. 9- محمد الجواد. 10- علي الهادي. 11- الحسن بن علي العسكري. 12- محمد بن الحسن العسكري.
بن الحسين. 5- محمد الباقر بن زين العابدين. 6- جعفر الصادق بن محمد الباقر. 7- موسى الكاظم. 8- علي الرضا. 9- محمد الجواد. 10- علي الهادي. 11- الحسن بن علي العسكري. 12- محمد بن الحسن العسكري.
Menurut golongan Syiah ini Imam mereka yang ke 12 ini tidak mati bahkan bersembunyi dan akan kembali sebagai Imam al-Mahdi.
Sejak kehilangan Imam mereka ini, banyak berlaku perubahan dalam ajaran Syiah dan mula muncul buku-buku yang menyokong akidah dan pemikiran mereka. Namun pada masa ini tiada kerajaan yang mendokong ajaran mereka.
3.
06 October 2013
THABAT !
dalam hidup ini.
ada kalanya, kita kuat !
kuat mengalahkan badang.
mintalah apa sahaja.
mudah kita terima dengan mudah.
namun.
bila mana Allah tarik kekuatan itu.
lemahnya kita.
terasa langsung tiada daya.
terasa sangat hina.
terasa tak bermakna.
ya Allah.
dariMu aku datang.
juga.
kepadaMu aku akan kembali.
kehidupanku disini,
hanyalah untuk menjadi Hamba dan Khalifah
di bumi ciptaanMu.
maka,
bantulah kami. mudahkan urusan kami.
bila mana terasa kuatnya kami.
sadarkan kami bahawa.
engkau Maha Kuat.
dan.
tatkala rasa lemah dan kecewa menyusul,
jangan Kau biarkan kami.
tetapkan kami untuk bersamaMu.
sisipkan kepada kami, kekuatanMU
02 October 2013
01 October 2013
MYFIRST LOVE SIGHT :P
ya Allah. selama ini. aku hanyalah mendengar suaranya.
setiap hari DIA akan berbicara denganku.
siang dan malam. tanpa mengira waktu.
di setiap waktunya, DIA sentiasa berkongsi denganku.
dan aku,
sangat tenang bersamanya, lebih-lebih lagi, tatkala DIA berdoa kepada engkau ya Allah.
sayu aku yang mendengar. kala malam mencengkam.
mendoakan akan kebaikanku dan keselamatanku didunia, juga akhirat.
sedang kami ini, TIDAK PERNAH BERJUMPA.
cinta aku dengan DIA semakin dalam.
bahkan, DIA tidak pernah marahkan aku.
malah sentiasa bersabar sepanjang bersamaku.
cinta aku dengan DIA semakin dalam.
bahkan, DIA tidak pernah marahkan aku.
malah sentiasa bersabar sepanjang bersamaku.
teringin aku nak bertemu dengannya.
setiap ketika. aku tunggu waktu temunya aku dengannya.
ingin aku tatap wajah DIA.
untuk seumur hidupku.
akan ku ucap RASA SAYANGKU, setiap hari. mgkin juga setiap ketika. setiap detik.
tahukah kalian, aku sangat INGIN BERTEMU dengannya !
penantian ini berakhir !
14 JUN 1994, jam 12.05 tghari.
19 tahun lalu.
kali pertama melihatnya dan sehingga kini
![]() |
insan pertama, juga cinta insan PERTAMAku :D |
mak, jaga diri.
dulu sering bersamamu ^^
juga kini, dan insyaAllah. hingga ke syurga~
Subscribe to:
Posts (Atom)