10 October 2013

pelihara AQIDAH kita 3.0


  
Penguasaan Syiah
Pada pertengahan abad ketiga muncul tiga kumpulan besar Syiah iaitu Syiah Ismailiyyah, Qaramitah dan Ithna Ashriyyah. Mereka berbeza pendapat dari sudut prinsip, akidah dan hukum. Pada akhir abad ke 3H dan awal abad ke 4H keadaan berubah apabila Syiah mula menguasai beberapa tempat dalam dunia Islam. Al-Qaramitah di bawah kepimpinan Rustam bin al-Husain berjaya menguasai yaman. Namun kerajaan ini tidak bertahan lama sehingga lahir pula kerajaan Qaramitah di Bahrin. Golongan ini sangat ganas dan membunuh jemaah haji sehingga mereka menyerang kaabah  pada tahun 317H dan mencuri hajar al-Aswad dan dibawa ke pusat pemerintahan mereka di Hajar timur semenanjung Arab. Hajar Aswad berjaya dirampas semula dan dikembalikan ke Kaabah pada tahun 339H.
Sementara gerakan Syiah Ismailiyyah berjaya menguasai utara Afrika dari Maghrib sehinga ke Mesir pada tahun 359H. Gerakan ini bertapak di Mesir selama dua kurun dan barjaya dikalahkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 567H.
Manakala Golongan Syiah Ithna Ashriyyah mula menguasai sekitar Iran pada tahu 261-389H dalam keluarga Bani Saaman yang terdiri dari Usul Parsi. Sementara Bani Hamdan yang berasal dari Arab menguasai Musil di Iraq pada tahun 317-369H. Kekuasaan juga pernah sampai ke Halab Syria pada tahun 333-392H. Pencapaian Syiah yang paling ketara adalah dalam pemerintahan Bani Buwaih tanpa menjatuhkan kerajaan Abbasiah tahun 334-447. Secara keseluruhannya Pada abad ke empat Hijrah merupakan abad penguasaan Syiah dalam dunia Islam, Bani Buwaih menguasai Iraq dan Iran, Bani Samaniyyun menguasai Sebahagian timur Iran dan Afghanistan, Bani Hamdan menguasai Musil, al-Qaramitah menguasai timur Semenanjug Arab, dan kerajaan Fatimiyyah menguasai utara Afrika sehingga  Syria dan Lubnan.
Pada akhir abad ke empat Hijrah jatuh kerajaan Qaramitah, Pada pertengahan abad ke lima Hijrah Jatuh kerajaan Bani Biwaih (447H) sementara kerajaan Fatimiyyah atau Abidiyyun jatuh pertengahan abad ke enam Hijrah (tahun 567H). Dengan kejatuhan kerajaan-kerajaan tersebut dunia Islam kembali semula di perintah oleh kerajaan Ahli Sunnah.
Sejak kejatuhan ini gerakan Syiah berterusan namun tanpa menguasai Negara sehinggalah muncul kerajaan Safawi  di Iran (Ismail Safawi nisbah kepada Safiyuddin al-Ardbili) tahun 907H hingga 1148H bersamaan(1735M). Dalam masa tersebut pertempuran antara kerajaan Osmaniyyah dan Safawiyyah berterusan lebih kuran dua Abad sehingga jatuhnya kerajaan Safawi tersebut dan kerajaan Osmniyyah juga menjadi lemah dan akhirnya Negara umat Islam mula dijajah oleh Eropah dan Rusia.
Pada tahun 1193H(1779M) Agha Muhammad Qajar yang berketuruna Parsi dan bermazhab Syiah menguasai Iran. Beliau dan keturunannya menguasai Iran dengan mengunakan gelaran Shah sehingga keluarga diraja ini jatuh pada tahun 1343H (1925M) hasil dari pemberontakan Reda al-Bahlawi yang mendapat pertolongan daripada Inggeris. Pada tahun 1941 Inggeris menjatuhkan Reda Bahlawi kerana banyak berlaku perselisihan dan digantikan dengan anaknya Muhamad Reda Bahlawi yang memerintah sehingga berlaku revolusi Iran Tahun 1979M (1193H).



4.      Cabaran Fahaman Syiah Kepada Umat Islam
Setelah kita memahami Syiah sebagai satu kumpulan dan gerakan yang muncul dalam dunia Islam dan ia mempunyai kaitan yang rapat dengan persoalan politik dan pemberontakan, maka beberapa perkara yang menjadi cabaran kepada kita perlu diketahui dalam usaha mendepani mereka antaranya:
a.      Sikap mereka terhadap Ahli Sunnah
Menurut Dr, Hussain al-Musawi (2007:113) - yang terdiri dari kalangan ulama Syiah yang cuba membuat pembetulan terhadap ajaran Syiah yang sesat dan menyeleweng- bahawa golongan Syiah menjadikan musuh mereka yang utama adalah Ahli Sunnah. Buku-buku utama Syiah dan kata para fiqaha dan ahli Ijtihad mereka menamakan secara jelas Ahli Sunnah sebagai musuh mereka. Mereka mengelarkan Ahli Sunnah dengan berbagai-bagai sifat seperti al-‘amah (umum), al-nawasib bahkan sebilangan mereka beriktikad sunni sebagai najis. Ekoran dari prinsip ini maka mereka bersepakat supaya:
a.      Wajib menyalahi golongan Ahli Sunnah. Mereka dikehendaki supaya sentiasa menyalahi Ahli Sunnah dalam persoalan agama mereka.
b.      Tidak harus beramal dengan apa yang bertepatan dengan Ahli Sunnah. Ulama Syiah al-Hurr al-‘Amili menulis tajuk ini dalam kitab beliau Wasail al-Syiah dan menyatakan bahawa hadis-hadis berkaitan persoalan ini adalah mutawatir.
c.       Mereka tidak akan bersepakat denganAhli Sunnah dalam apa jua perkara. Sayyid Ni’matullah al-Jazairi berkata dalam bukunya al-Anwar al-Jazairiyyah (2;278) : Kita tidak berhimpun dengan Ahli Sunnah mengenai Tuhan, Nabi dan Imam kerana mereka mengatakan tuhan mereka adalah yang nabinya Muhammad dan khalifah selepasnya Abu Bakar, kita tidak berkata dengan tuhan dan nabi yang sedemikian, bahkan kita berkata bahawa tuhan yang khalifah nabinya adalah Abu Bakar bukan tuhan kita dan buka nabi itu nabi kita.
Dr Hussain alMusawi (2007:123-124) merumuskan pegangan Syiah terhadap Ahli Sunnah bahawa mereka kafir, najis dan lebih durjana daripada orang Yahudi dan Kristian. Mereka wajib di bunuh, dirampas harta benda mereka dan wajib dilaknat dan dicela khususnya generasi awal Islam yang berjuang bersama nabi. Beliau menambah bahawa dengki Syiah terhadap Ahli Sunnah tiada bandingnya  sehingga para fuqaha mereka mengharuskan berbohong kepada Ahli Sunnah, melemparkan tuduhan palsu terhadaap mereka. Mereka memendam perasaan dengki dan marah ini setelah diarahkan oleh para ulama mereka dan menunggu saat dan waktunya untuk di istiharkan. Apa yang berlaku di Iraq dan Syria adalah sebaik-baik contoh untuk perhatian dan pengajaran.

b.      Sikap terhadap al-Quran
Ulama Islam bersepakat bahawa al-Quaran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w, dan dipelihara dari segala perubahan dan penyelewengan sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Namun bagi ulama Syiah terdapat kitab-kitab lain yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad dan hanya di khususkan kepada Syidina Ali sahaja antaranya: Kitab al-Jami’ah, Sahifah al-Namus, Sahifah al-‘abitah, sahifah zuabat alsaif,al-Jafr al-Abyad dan al-Ahmar, Mushaf Fatimah dan al-Quran. Sementara al-Quran yang terdapat hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng.
Menurut al-Musawi (2007:109) ulama Syiah beriktikad bahawa al-Quran yang terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng. Seorang ulama hadis Syiah mengumpulkan hadis dan pendapat ulama Syiah berkaitan penyelewengan al-Quran dalam sebuah kitab yang besar berjudul :فصل الخطاب في اثبات تحريف كتاب رب الأرباب
Dr Musa al-Musawi turut menjelaskan bahawa akidah ini memang menjadi pegangan ulama Syiah walaupun mereka tidak begitu ketara membincangkannya kerana terdapat juga sebilangan ulama Syiah menyatakan sebaliknya. Menurut beliau bahawa hadis-hadis mengenai penyelewengan al-Quran direka sewaktu ketiada Imam diawal pertembungan dengan Sunnah.

c.       Keganasan
Antara ajaran Syiah yang menunjul adalah melampau dalam kepercayaan mereka kepada wali dan imam-imam mereka. Menurut Dr. Musa al-Musawi,(1998:114) sikap mereka yang melampau dalam teori menjadikan mereka juga melampau dalam amali.  Menurut beliau buku-buku Syiah yang masih tidak dikemaskini dan sikap ahli fikah mereka yang menerima riwayat tersebut menjadi punca kepada kelakuan ganas dan melampau penganut Syiah. Apa yang berlaku dalam sejarah menunjukkan sikap mereka dan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam yang lain.

d.      Mut’ah
Muta’ah adalah perkahwinan sementara yang diamalkan oleh golongan syiah, ulama syiah bangkit mempertahankan nikah muta’ah. Perkahwinan muta’ah sebagaimana yang diharuskan oleh ualam Syiah tidak lebih daripada perbuatan zina kecuali dengan satu syarat iaitu perempuan itu tidak mempunyai suami. Perkahwinan ini tidak perlu kepada saksi dan memberikan nafkah.(al-Musawi 1998:158-159)

e.      Wilayah al-Fakih
Syiah selepas revolusi Iran telah memperkenalkan teori wilayah al-fakih, yang menjadikan para ulama mereka seperti seorang yang maksum. Sehingga alKhumaini dan alShistani yang menandatangani fatwa : dari Allah swt.” Seolah-olah mereka adalah waki daripada Allah . Syiah selepas Khumaini dengan perinta wilayah al-fakih telah mengiklankan akidah Syiah yang sebelum ini hanya menunggu Imam al-Mahdi. Antara akidah yang di zahirkan yang sanfgat merbahaya adalah:
Pertama, mentakfirkan para sahabat. Kedua: mendakwa bahawa al-Quran yang ada tidak sempurna, ketiga:  Syariah belum sempurna dan akan disempurnakan oleh imam Mahdi keempat: Mereka menuduh Syidatina Aishah sebagaimana yang dituduh oleh golongan munafik.
Situasi ini menjadikan syiah hari ini bertentangan dengan Ahli Sunnah dalam perkara yang paling Asas.

5.      Penutup
Berdasarkan penjelasan diatas, boleh disimpulkan bahawa Syiah adalah satu kelompok umat Islam yang menyeleweng dan banyak melakukan bidah dalam agama. Sungguhpun jumhur ulama tidak mengkafirkan sebilangan mereka. Namun sebilangan yang lain dihukum kafir seperti Ismailiyyah dan Nusairiyyah. Penyelewengan yang berlaku dalam ajaran Syiah sekarang menjadikan taqrib adalah suatu yang mustahil. Namun Ahli Sunnah masih lagi boleh bertoleransi antara satu sama lain dengan menjauhi persoalan yang hangat dalam kedua-dua belah pihak. Begitu juga menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk menyeru golongan Syiah untuk kembali ke jalan yang benar, dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah dari dicemari dengan shubhat yang berbagai. Kita juga tidak boleh malu untuk menolak penyelewengan yang berlaku dan mendedahkan kepada khalayak secara akademik dan jujur bagi menjaga akidah dan akhlak umat Islam. Semoga Allah merahmati kita dan menyatukan hati hambanya ke jalan yang diredai,,,Amin.


6.      Rujukan
1.      Al Sirjani, Gharib. 2011. Al-Syiah Nidal am Dalal. Al-Kaherah. Dar al-Aqlam
2.      AlMusawi, Musa. 1998. Dedah Fahaman Syiah (trj. Prof, Madya. Huda Muhsin dll). JAKIM.
3.      Al-Musawi, Husain. 2007. I’tirafat Ulama al-Syiah.  Al-Qahirah. Dar al-Haramain
4.      Ihsan Ilahi Zahir.2008. al-Syi’ah wa al-Tashayyu’. Amman. Dar Ammar.
5.      Al-Salus, Ali Ahmad. 1997. Ma’ al-Syi’ah al-Ithna ‘Ashriyyah Fi al-Usul wa al- Furu’. Al-Qahirah. Dar al-Taqwa.
6.      Al-Za’biy, Fathy Muhammad. 1998. Ghulat al-Syia’ah. Tanta, Matba’ah Ghabashi.
7.      Dandar Lajbar. 2009. ‘Aqidah al-Syi’ah alRafidah fi al-Sahabah.Amman. Dar Ammar .

No comments:

Post a Comment