2. Syiah dan Sejarah Kemunculannya
Menurut ulama usul, kita tidak boleh menghukum kepada sesuatu sebelum kita mengenali sesuatu itu. Oleh itu, sebelum kita berbincang secara lebih mendalam mengenai Syiah dan Sunnah kita perlu terlebih dahulu mengenali Siapa mereka, apakah akar umbi mereka, bagaimana kumpulan ini muncul dalam sejarah umat Islam dan apa peranan mereka dalam perkembangan politik dan kegawatan umat Islam dahulu dan semasa.
Ihsan Ilahi Zahir (2008:11) menyebut bahawa Syiah dalam bahasa arab merujuk kepada pengikut atau penyokong. Oleh itu, lafaz Syiah bila disebut dalam sejarah umat Islam ia merujuk kepada “pengikut syaidina Ali dalam perselisihan beliau dengan Bani Umayyah”. Kebanyakan buku sejarah Islam menyatakan bahawa permulaan sebenar kepada Syiah adalah perselisihan antara Syidina Ali dan Syidina Muawiyah. Pihak yang menyokong Syidina Ali disebut sebagai Syiah sementara pihak yang mendokong perjuangan Sayidina Muawiyah disebut sunnah.
Namun, sebilangan ulama Islam menolak pentakrifan Syiah dengan hanya merujuk kepada fakta sejarah sahaja kerana mereka mendapati kemunculan sebenar Syiah adalah setelah berakhir kerajaan bani Umayyah. Menurut Ihsan Ilahi Zahir(2008:11) dan Dr. Gharib al-Sirjani (http.www.islamstory.com) bahawa perselisihan antara Syidina Ali dan Sayidin Muawiyah tidak sampai ke tahap Islam atau kafir sebagaimana yang ada dalam fahaman Syiah selepas itu. Al-Sirjani menjelaskan bahawa perselisihan antara Syidina Ali dan Muawiyah bertolak dari persoalan ijtihad. Dalam perselisihan ini kebanyakan ulama sunnah berpendapat bahawa kebenaran adalah bersama Syidina Ali r,a. sementara Syidina Muawiyah berijtihad sebaliknya. Berdasarkan fakta ini maka Syidina Ali r.a. Adalah bersama ulama Ahli Sunnah dan Syidina Muawiyah juga adalah Ahli Sunnah. Oleh itu, dakwaan bahawa Syidina Ali sebagai pengasas kepada aliran Syiah adalah tidak tepat kerana fahaman dan ajaran yang dibawa oleh beliau bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh khalifah-khalifah sebelumnya tidak seperti apa yang didakwa oleh Syiah hari ini.
Ada pandangan kedua menyatakan bahawa kemunculan Syiah bermula selepas kematian Syidina Husain r.a. Pandangan ini ada kewajaranya kerana penduduk Iraq yang tidak membela kehadiran Syudina Husain r.a. ke Iraq merasa menyesal atas kematian beliau dan mereka bangkit menentang kerajan Umaiyyah pada waktu itu. Dalam hal lain, kita juga melihat hubungan Syiah dengan Syudina Husain lebih kuat berbanding dengan hubungan mereka dengan Syidina Ali. Mereka memperingati secara besar-besaran ulang tahun kematian Syidina Husain tetapi tidak memperigati kematian Syidina Ali.
Namun para pengkaji Syiah mendapati pada tahap ini kemunculan Syiah sebagai ajaran masih belum bermula lagi. Ajaran mereka sama ada yang berkaitan dengan prinsip akidah atau amalan hukum syarak masih sama dengan Ahli Sunnah. Bahkan tokoh-tokoh ulama dan imam Syiah yang mereka dakwakan sebagai imam adalah ulama Islam yang berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah. Begitu juga keluarga Syaidina Ali r.a juga ada yang berkahwin dengan kerabat diraja Umaiyyah seperti Ramlah binti Ali berkahwin dengan Muawiyah bin Marwan, Khadijah berkahwin dengan Abdul Rahman bin Amir al-Umawy. Mereka juga masih bersembahyang di belakang ulama Ahli Sunnah. Penentangan mereka terhadap kerajaan lebih bersifat pemberontakan politik sahaja.(Ihsan Ilahi zahir2008: 28-36)
Menurut al-Sirjani selepas kematian Syidina Husain, keadaan kembali tenang. Anak kepada Syidina Husain yang bernama Ali Zainal Abidin adalah seorang yang soleh, begitu juga dengan anak beliau Muhamad al-Baqir dan Zaid. Mereka semua masih dikenali sebagai ulama Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran Islam. Sekalipun Imam Zaid bin Ali berbeza pendapat mengenai keutamaan Syidina Ali sebagai khalifah, menyalahi ijmak ulama umat pada masa itu. Zaid telah menentang pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik sehingga beliau terbunuh pada tahun 122H. Pengikut beliau selepas itu dikenali sebagi Zaidiyyah yang merupakan golongan Syiah yang paling sederhana dan hampir dengan Ahli Sunnah.
Sementara Muhammad al-Baqir meninggal pada tahun 114H lapan tahun lebih awal daripada Zaid dan meninggalkan seorang anak yang alim dan soleh iaitu Jaafar al-Sadiq. Beliau sangat alim dalam bidang fikah dan akidahnya sama dengan akidah para sahabat dan tabiin.
Di akhir kerajaan Umaiyyah gerakan bani Abbas bangkit menentag kerajaan Umaiyyah dengan dibantu oleh kumpulan yang berpecah dari zaid bin Ali ra. Sehingga kerajaan Umaiyyah jatuh pada tahun 132H. Di awal zaman kerajaan Abbasiyah keadaan fahaman Syiah masih sama dengan ajaran Ahli Sunnah. Tiada perbezaan ketara dalam persoalan akidah dan fekah. Namun muncul golongan al-Talibiyyin yang inginkan kerajaan dipimpin oleh keturunan Syidina Ali. Mereka mula memberotak di zaman pemerintahan Abu Jaffar al Mansur.
Pada tahun 148H, Imam Ja’far al-Sadiq wafat meninggalkan anaknya yang alim bernama Musa al-Kazim, yang juga wafat pada tahun 183H meninggalkan beberapa orang anak antaranya Ali bin Musa al-Rida. Bagi meredakan pemberontakan golongan talibiyin khalifah al-Ma’mun telah melantik beliau sebagai putra mahkota. Setelah perlantikan ini keadaan pemberontakan menjadi tenang. Namun Ali al-Rida mati mengejut pada tahun 203H, menyebabkan mereka menuduh al-Al M’mun yang bunuh beliau. Pemberontakan mula kembali dan disokong oleh kaum Parsi yang berjuang atas dasar perkauman dan kebencian kepada orang-orang arab yang telah menjatuhkan kerajaan parsi. Apa yang menarik perhatian para pengkaji adalah, perselisihan dalam kalangan umat Islam ketika ini masih dalam persoalan politik dan belum muncul Syiah sebagai satu kelompok yang berakidah seumpama Syiah hari ini.(al-Sirjani, islamstory.com)
Pemberontakan golongan ini terhadap kerajaan Abbasiyah masih berterusan dan mereka menjadikan keturunan Rasulullah sebagai sandaran untuk memimpin mereka. Selepas itu muncul Muhammad al-Jawwad yang wafat tahun 220, kemudian muncul anak beliau Ali bin Muhammad al-Hadi yang wafat tahun 254H, kemudian muncul pula anak beliau Hasan bin Ali al-‘Askari yang mati pada tahun 260H yang meningalkan anak yang kecil Muhammad bin Hasan yang juga meningal dunia sewaktu usia masih kecil. Kematian ini menyebabkan mereka ketiadaan pemimpin untuk mendokong pemberontakan terhadap kerajaan Abbasiah yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka kepada berbagai-bagai puak yang berbeza dari segi perinsip dan pemikiran bahkan juga berlaku dalam persoalan akidah dan syariat. Dalam kegawatan inilah muncul kumpulan Syiah “Ithna Ashriyyah” yang terdapat di Iran, Iraq dan Lubnan sekarang yang merupakan kumpulan Syiah yang terbesar dan disebarkan ke dunia Islam hari ini. Mereka mendakwa Imam mereka yang terdiri dari dua belas orang adalah seperti berikut:
وقالوا: إن هؤلاء الأئمة هم بالترتيب كما يلي: 1- علي بن أبي طالب. 2- الحسن بن علي. 3- الحسين بن علي. 4- علي زين العابدين
بن الحسين. 5- محمد الباقر بن زين العابدين. 6- جعفر الصادق بن محمد الباقر. 7- موسى الكاظم. 8- علي الرضا. 9- محمد الجواد. 10- علي الهادي. 11- الحسن بن علي العسكري. 12- محمد بن الحسن العسكري.
بن الحسين. 5- محمد الباقر بن زين العابدين. 6- جعفر الصادق بن محمد الباقر. 7- موسى الكاظم. 8- علي الرضا. 9- محمد الجواد. 10- علي الهادي. 11- الحسن بن علي العسكري. 12- محمد بن الحسن العسكري.
Menurut golongan Syiah ini Imam mereka yang ke 12 ini tidak mati bahkan bersembunyi dan akan kembali sebagai Imam al-Mahdi.
Sejak kehilangan Imam mereka ini, banyak berlaku perubahan dalam ajaran Syiah dan mula muncul buku-buku yang menyokong akidah dan pemikiran mereka. Namun pada masa ini tiada kerajaan yang mendokong ajaran mereka.
3.
panjangnye~
ReplyDeletemalas abes nak bace.
ceritakan je lhaa