SYIAH
PERJUANGAN ATAU PENYELEWENGAN
Disediakan
Oleh: Dr Abdull Rahman Mahmood
Ketua Pusat
Islam UKM
1.
Pendahuluan
Umat Islam
kebelakangan ini dilanda dengan berbagai krisis sama ada krisis dalaman umat Islam
sendiri atau penindasan pihak luar terhadap umat Islam. Antara krisis dalaman
yang sangat merbahaya kepada umat Islam sekarang ini adalah krisis syiah dan
sunnah yang menyebabkan jutaan umat Islam terbunuh seperti apa yang berlaku di
Iraq dan Syria sekarang. Pertelingkahan ini semakin hangat apabila terdapat
campur tangan musuh-musuh Islam yang cuba untuk memecah belahkan umat Islam.
Oleh itu, satu usaha untuk menangani masalah ini supaya tidak berlaku dalam
kalangan masyarakat umat Islam di
Malaysia adalah sangat penting. Secara umumnya perbincangan mengenai
Syiah masih lagi kabur dalam kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia kerana
fahaman ini tidak tersebar kecuali setelah revolusi Iran 1979. Kertas ini akan cuba
untuk memberi penjelasan mengenai fahaman Syiah dari sudut sejarah kemunculan,
penguasaan Syiah dan cabaran fahaman Syiah kepada umat Islam khususnya di
Malaysia.
No comments:
Post a Comment