jika kau kata, cinta kau itu dalam.
tunjukkan aku buktinya.
jika kau kata, percayamu kuat.
tunjukkan aku yakinmu.
saudara,
sering kita inginkan bukti. agar kita tidak ditipu.
dan saudara. itu fitrah kita ^^
kerana itu, cuba kamu perhati dan hayati kisah-kisah para rasul.
apakah dalam dakwah mereka, tidak Allah turunkan bukti ?
bukti bahawa mereka bukanlah pendusta atau mereka-reka agama.
lantas, bagi kita ini ?
ummat akhir zaman yang tidaklah disamping kita seorang rasul.
ketahuilah.
Allah tinggalkan bukti kerasulan baginda sallahhu'alaihisalam dgn mukjizat QURAN ^^
cuba kamu perhatikan ayat:
Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30,
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…”
dan. apa kata para ulama sains ?
Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang.
Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum,
kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu,
yang dinamakan sebagai Big Bang.
Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling)
yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya
Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity
yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble,
telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang.
Dengan menggunakan alat yang canggih,
beliau telah mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekali gus mengukuhkan
pendapat bahawa alam ini bercantum padu pada asalnya
dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan pengembangan itu.
begitulah. baginda tidaklah seorang saintis, namun menyampaikan wahyu ttg sains.
apakah itu tidak menjadi bukti kamu terus tetap dgn ISLAM dan mendalaminya ?
.jpg)
kata seorang profesor.
makin kuat bukti,
makin kuat iman kita :D
para saintis islam. kajilah ilmu bidangmu, dan sampaikan pada kami.
itu akan menambahkan iman kami ^^
https://www.facebook.com/video/embed?video_id=622876377735370%22%20width=%22320%22%20height=%22240%22%20frameborder=%220%22%3E%3C/iframe%3E
No comments:
Post a Comment